MENGEKALKAN atau mempertingkatkan jumlah tontonan bagi sesebuah stesen televisyen, media yang bersifat autokratik; di mana penonton perlu mengikut waktu siaran yang ditentukan dan terhad pula ruang tontonan memerlukan strategi dan percaturan yang sangat teliti dan kreatif. Persaingan sengit dalam industri ini menuntut pemikiran tembus dinding, di samping terus istiqamah mempertahankan visi dan misi stesen serta […]

Read more

SELAIN ibadat-ibadat khusus untuk Ramadan seperti solat tarawih dan amalan-amalan sempena bulan mulia ini, menonton rancangan yang boleh menyuntik keinsafan dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap Islam juga termasuk dalam ibadat sekiranya diniatkan untuk menambah takwa kepada Allah serta mendalami ilmu. Sebagai pemain industri penyiaran tanah air, TV AlHijrah istiqamah menghidangkan kepada masyarakat rancangan-rancangan berfaedah […]

Read more

PEMBAHARUAN itu umpama gumpalan air deras dari puncak gunung yang menghilir ke muara; dan berlaku secara semula jadi akibat proses alam dan manusia. Sebagaimana kejadian alam, hal yang sama juga terjadi kepada pembaharuan pemikiran yang berlaku dalam masyarakat; cuma yang membezakannya hanya pantas atau perlahan sesuatu pembaharuan diterima dan bertapak dengan kukuh. Sekalipun begitu, agenda […]

Read more

SEBAGAI sebuah stesen televisyen Islam pertama negara ini, TV AlHijrah memikul tanggungjawab sosial yang besar untuk menyampaikan maklumat dan membentuk pemikiran masyarakat ke arah cara hidup Islam yang sebenar. Sekalipun berdiri sebagai sebuah entiti dalam industri penyiaran dan menuntut TV AlHijrah bersaing dengan banyak stesen dan saluran televisyen lain untuk meningkatkan pendapatan, matlamat utama membangunkan […]

Read more

PANDANGAN sepintas lalu gambar ini, kita hanya perasan sebatang tunas pokok di tanah berbatuan. Namun jika diteliti, barulah disedari ia adalah gambar tangan manusia yang terselit pucuk daun yang menghijau dari sebatang tunas antara ibu jari dan telunjuknya. Sebenarnya gambar ini menunjukkan tangan seorang syuhada’ Gaza yang muncul di sebalik runtuhan bangunan, dan tumbuhan yang […]

Read more

BERTOLAK ansur dan saling memahami serta menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya menjadi petua terbaik untuk melestarikan keharmonian dan menguruskan perbezaan dalam persamaan. Memang tidak dinafikan hal-hal yang berkaitan agama dan kaum mudah mencetuskan salah faham sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Semua ahli masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membentuk kefahaman kepada generasi yang […]

Read more

Rancangan yang disusun sepanjang Ramadan ajak umat tadabbur keindahan Al-Quran MERAIKAN Ramadan dengan mempersiapkan mental, jasmani dan terutamanya rohani menandakan seorang muslim itu sangat mendambakan kehadiran bulan mulia ini sebagai madrasah membentuk diri ke arah yang lebih baik. Memperbaiki diri dari tahun ke tahun adalah sifat mereka yang berjaya; di dunia dan Akhirat sebagaimana gesaan […]

Read more

“WAHAI sahabatku, Kita mempunyai ratusan masalah antara kita, Namun tiada satu masalah pun yang mampu memisahkan kita, Janganlah mencari kemenangan dalam semua perselisihan, Kadangkala memenangi hati seseorang itu lebih penting dari menang mempertahankan pendapat.” Bait indah dari kata-kata Imam Al-Syafie yang dipersembahkan pada pembukaan siri drama biografi Resalat Al-Imam 2023 cukup menyejukkan hati setiap yang […]

Read more

REAKSI Tilmiz Dr Adlee yang mengesat mata bagi menahan aliran air mata kesayuan ketika diumumkan tiada penyingkiran dalam Minggu Kedua Akademi Qurra’ 2024 boleh membuatkan penonton yang cepat tersentuh hati turut sama menangis. Saat-saat penuh kesayuan bercampur kesyukuran itu berlaku spontan kerana pasti bagi Tilmiz Dr Adlee dan Tilmizah Ainsyafa menyangka mereka akan tersingkir pada […]

Read more

RINDU pada yang telah tiada adalah derita jiwa yang tak tergambar oleh kata. Namun kenangan dan peninggalan dia yang pergi kadangkala boleh mengurangkan sedikit rasa rengsa di jiwa itu; salah satunya dengan menghidupkan kenangan itu. Kerinduan kepada belaian kasih sayang arwah datuknya yang dipanggil Tok Ayah, Tilmizah Firza, peserta Akademi Qurra 2024 merawat jiwanya […]

Read more