11 fakta tentang TV AlHijrah sepanjang PKP, antaranya catat pertambahan penonton mendadak

OLEH ROKIAH ISMAIL (rokiah@tvalhijrah.com)

MEDIA merupakan tonggak keempat dalam sesuatu pentadbiran negara selain kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman. Ia mewakili suara rakyat walaupun tidak termasuk dalam tiga cabang utama secara rasmi.

Apa sahaja yang berlaku dalam dan luar negara disorot oleh media yang bertanggungjawab menyebarkan berita dan amanat daripada negara kepada warga, juga sebaliknya.

Sebagai sebuah stesen berkonsepkan penyiaran Islam yang bertanggungjawab mendidik masyarakat, TV AlHijrah (TVAH) sentiasa tampil dengan kandungan malar segar sesuai dengan tuntutan agama dan zamannya.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Kandungan (PKP) yang telah masuk minggu ketiga ini, sedari awal lagi TVAH cakna dengan perkembangan pandemik Covid-19 ini dan sentiasa menjadi tulang belakang kerajaan dalam menyampaikan maklumat berkaitan wabak ini kepada masyarakat.

Antara kandungan yang terlibat mengupas secara tuntas tentang Covid-19 ini ialah Assalamualaikum iaitu program bual bicara sarat maklumat pada waktu pagi, Analisis Khas, Berita AlHijrah, program Malaysia #QuranTime dan pelbagai kupasan menarik berbentuk berita dan cerita dalam media sosial rasmi stesen ini seperti laman portal berita Hijrah Online dan laman portal gaya hidup Muslim, Hbit.my.

Program terbaru terbitan TV AlHijrah, Malaysia #QuranTime dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Warisan Ummah Ikhlas menjadi pilihan utama dengan capaian 926,00 penonton menurut data Unit Consumer Insight dan Nielsen Malaysia.

TVAH menyedari masyarakat sedang dahagakan pelbagai maklumat yang telus dan sahih berhubung apa yang sedang berlaku. Justeru itu stesen ini menjadi antara sumber utama berita sahih sebagai rujukan kerana di luar sana terlampau banyak berita palsu sedang bertebaran sehingga kadangkala mengundang keresahan dalam hati msayarakat.

Berikut adalah 11 Fakta Menarik TVAlHijrah Sepanjang PKP;

Pertama: Capaian penonton TVAH meningkat 75 peratus sepanjang tempoh pelaksanaan PKP berbanding dua minggu sebelumnya,

Kedua: Program agama terbaharu, Malaysia #QuranTime menjadi pilihan utama dengan capaian 926 ribu penonton,

Ketiga: Peningkatan penarafan (rating) 12 kali ganda pada slot 12.00 hingga 1.00 tengah hari,

Keempat: Perkongsian (syer) penonton segmen dewasa berusia 50 tahun ke atas meningkat 57 peratus,

Kelima: Perkongsian penonton ‘market centre’ meningkat sebanyak 50 peratus,

Keenam: TVAH menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan perkongsian saluran dua kali ganda di hadapan saluran-saluran Islamik lain,

Ketujuh: Laman Facebook TVAH dilayari oleh 10.6 juta pengguna pada bulan ini (April) iaitu tujuh (7) kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada,

Kelapan: Purata ‘like’ harian di laman Facebook TVAH meningkat sebanyak 185 peratus,

Kesembilan: Jumlah pengguna yang berkongsi kandungan dari Facebook TVAH mencapai 1.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 133 peratus,

Kesepuluh: Siaran langsung Sidang Media Covid-19 dan program Malaysia #QuranTime di laman Facebook TVAH berjaya menarik tontonan 24.8 juta penonton, dan

Kesebelas: Peningkatan jualan di platform ‘TV shopping’ sebanyak 13 peratus.

Tidak hairanlah sepanjang tempoh PKP ini, TVAH berjaya menarik penonton berkali ganda daripada biasa. Ini secara tidak langsung membuktikan stesen ini sangat dekat di hati masyarakat kerana kualiti rancangan dan kebolehpercayaan maklumat yang disampaikan.

11 fakta tentang TV AlHijrah sepanjang PKP, antaranya catat pertambahan penonton mendadak

| Semasa |