132 Rumah di Sik bakal menerima manfaat air bersih

PADA awal Ogos 2022 Yayasan Ikhlas telah mengadakan satu lawatan bagi projek Air Bersih bersama cawangan Yayasan Ikhlas Alor Setar. Projek ini dalam fasa akhir pembinaan telaga tiub air di Kampung Tanah Hitam Sik, kedah. Ianya bakal menyalurkan air bersih melalui pemasangan paip.

Projek Air Bersih dijalankan di Tanah wakaf perkuburan Islam Kampung Tanah Hitam, Mukim Sik. Tanah ini adalah di bawah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Menurut Pengarah Perhubungan Awam Yayasan Ikhlas Ir Kamaruddin Kassim, pembinaan telaga tiub dengan menggunakan sistem hibrid air bawah tanah dan air bukit di atas tanah hak milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkeluasan 13,308 itu bakal disalurkan kepada 270 isi rumah untuk kegunaan harian.

“Kita bekalkan kepada 132 keluarga di sini dengan kapasiti 51,000 liter, Alhamdulillah proses penggalian telaga telah selesai,” tambahnya lagi.

Ir Kamaruddin (dua dari kiri) membincangkan Projek Air Bersih di Sik bersama petugas Yayasan Ikhlas.

Penduduk kampung di sini rata-ratanya mempunyai berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti menoreh getah ke hutan mencari rotan, dan segelintirnya pula adalah pekerja pembinaan di kawasan sekitar tempat tinggal mereka.

Dalam masa yang sama, Projek Air Bersih akan dilaksanakan di beberapa lagi kawasan mengikut dana sumbangan yang dikumpulkan antaranya di kawasan Baling, Pitas sabah, Pekan Pahang, dan Kampung Keniong, Simunjan Sarawak.

Yayasan Ikhlas adalah NGO yang menjalankan Projek Air Bersih menggunakan teknologi Hibrid. Pihak kami ingin mengajak seluruh masyarakat Malaysia turut serta menyumbang bagi Projek Air Bersih ini supaya ramai lagi penduduk pedalaman menerima manfaat hasil dari sumbangan anda. 

Bagi anda yang ingin menyumbang sila layari bit.ly/AirBersihSik atau menyumbang melalui Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Projek Air Bersih).

Gambar: Petugas Yayasan Ikhlas meninjau ke kawasan saluran air paip di Kampung Tanah Hitam, Kedah.

(20)

132 Rumah di Sik bakal menerima manfaat air bersih

| Advertorial2 | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>