23 lembu mati secara misteri – Kalau dipanah petir, kenapa tiada kesan hangus dan kenapa perutnya kembung?

SEKIRANYA benarlah kematian 23 ekor lembu secara mengejut di Felda Aping Timur, Kota Tinggi Johor semalam yang menjadi misteri apabila punca sebenar kematian tidak dapat dikenal pasti itu kerana diracun pihak tertentu, ia sangat menyedihkan kita kerana jenayah terhadap haiwan semakin menjadi-jadi kini, seolah-olah haiwan kini menjadi ‘punching bag’ manusia pendendam.

Aduan dan bantahan yang dibuat oleh masyarakat pencinta haiwan yang mahukan punca sebenar kematian lembu secara serentak dengan jumlah yang banyak diperhalusi memandangkan lembu tersebut dikatakan dipanah petir, namun tiada kesan terbakar atau hangus pada badan haruslah disegerakan.

Persatuan Haiwan Malaysia juga menuntut satu kenyataan teknikal dan klinikal rasmi secara bertulis mengenai punca sebenar kematian itu.

Persatuan Haiwan Malaysia juga menuntut satu kenyataan teknikal dan klinikal rasmi secara bertulis mengenai punca sebenar kematian itu.

Menurut NGO itu lagi, dakwaan Jabatan Perkhimatan Veterinar (DVS) Negeri Johor mengenai punca kematian lembu dalam jumlah banyak tersebut berpunca daripada panahan dan dentuman petir boleh diragui memandangkan tiada kenyataan klinikal dan bertulis kepada umum selain fizikal lembu dan jumlah kematian secara banyak dalam satu masa.

Punca itu perlu dihurai supaya masyarakat berpuas hati kematian lembu bukan disebabkan perbuatan khianat manusia.

Ini memandangkan kini di Malaysia banyak kes pembunuhan haiwan ternakan dengan cara meracun kerana didakwa menceroboh halaman, kebun dan ladang milik orang lain.

Dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 juga meletakkan tanggungjawab kecederaan, kematian dan pengabaian haiwan pada bahu pemilik atau penternak sekiranya haiwan dianiaya atau berlaku kemalangan akibat kecuaian dan pengabaian pemilik.

Gambar: 23 ekor lembu mati secara serentak di sebuah ladang. (Persatuan Haiwan Malaysia)

23 lembu mati secara misteri – Kalau dipanah petir, kenapa tiada kesan hangus dan kenapa perutnya kembung?

| Semasa |