7000 pek bantuan ke Sabah, penganjur mohon didoakan misi dipermudahkan

MISI kemanusiaan di musim pandemik adalah lebih mencabar kerana mesti mengikut piawaian yang ditetapkan KKM dan MKN, namun kekangan ini tidak membantutkan usaha pihak terlibat melaksanakan tugas murni mereka.

Profesor Dr Zainur Rashid bersama pasukan Yayasan Ikhlas dijadualkan akan menyertai misi kemanusiaan Pek Ikhlas ke-4 ke Sabah bermula 12 Februari sehingga 18 Februari 2021.

Pandemik Covid-19 dan SOP tidak menghalang kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

Misi ke Semporna, Tawau dan Lahad Datu ini berhasrat untuk mengagihkan 1,000 pek daripada 7,000 pek keseluruhan bekalanan asasi makanan untuk para asnaf yang terkesan akibat kemiskinan dan pandemik Covid-19. Jumlah sumbangan bernilai RM 1.4 juta.

Misi ini adalah satu daripada tujuh misi bagi mengagihkan bantuan kepada 7000 keluarga miskin di Sabah yang telah bermula sejak Jan 2021 yang lalu.

Pihak TUDM juga telah bersetuju memberikan khidmat penghantaran kargo secara percuma.

Persediaan rapi juga sedang dijalankan, di mana pembungkusan barangan bantuan sedang berlangsung dengan kerjasama sukarelawan yang gigih membantu.

Selain itu Yayasan Ikhlas juga merancang untuk terlibat dalam pembangunan komuniti terpilih (susulan pendidikan) bersama NGO dan aktivis tempatan di sana dengan sokongan pihak berkuasa tempatan.

Pandemik Covid-19 dan SOP tidak menghalang kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

Ayuh tunjukkan sokongan anda. Salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Yayasan Ikhlas di nombor akaun 5628 3463 6228 dengan rujukan kepada Pek Ikhlas; atau klik link https://www.billplz.com/PekIkhlasMakananAsas untuk memberi sumbangan anda.

7000 pek bantuan ke Sabah, penganjur mohon didoakan misi dipermudahkan

| Advertorial, Semasa |