Akhlak muslim dorong wanita tua peluk Islam

SETAHUN lalu, Georgette Lepaulle yang kini berusia 92 tahun dianugerah hidayah untuk memeluk Islam setelah terinspirasi oleh jiran muslimnya.

Wanita berasal Belgium yang telah kematian keluarganya ini tinggal bersama keluarga Muhammad hampir 50 tahun, malah seorang anak lelaki dan dua anak perempuan Muhammad juga tinggal bersama Georgette.

Muhammad yang telah kematian ibu sangat gembira dengan kehadiran Georgette, seolah-olah Georgette adalah jelmaan ibunya yang dianugerahkan kepadanya.

Cara hidup Muhammad yang sangat taat mengerjakan solat berjamaah, keakraban pergaulan mereka sekeluarga dan kasih sayang antara mereka sangat membahagiakan Georgette sehingga membuka hati Georgette untuk mendalami dan memahami agama Islam.

Walaupun agak kesal kerana ‘’menemui’’ Islam pada lewat usia, beliau tetap bersyukur kerana akhirnya dipilih Allah untuk menganut agama yang benar.

Sedangkan pada masa yang sama, anak kandung Georgette sendiri pun tidak pernah menghubunginya sebagaimana yang dilakukan Muhammad sekeluarga terhadapnya.

Georgette yang pernah melawat Morroco bersama keluarga Muhammad pada bulan Ramadan juga menyatakan beliau amat teruja melihat ketaatan orang Islam berpuasa dan bersilaturrahim sesama sendiri.

Walaupun agak kesal kerana ‘’menemui’’ Islam pada lewat usia, beliau tetap bersyukur kerana akhirnya dipilih Allah untuk menganut agama yang benar.

Georgette yang memilih nama Noor Islam setelah menjadi muslimah adalah contoh bahawa tiada istilah lewat untuk memilih kebenaran dan mengakui keesaan Allah S.W.T.

Gambar (The Islamic Information): Noor Islam setelah memeluk Islam

Akhlak muslim dorong wanita tua peluk Islam

| Agama, Semasa |