AlhijrahMedia sedia alternatif kandungan sihat dan patuh syariah, pupuk budaya menonton sambil beribadah

PADA era ledakan teknologi masa kini, ilmu dan maklumat sudah berada di telapak tangan kita. Perkembangan yang pesat ini mengubah budaya menonton TV cara dahulu yang lazimnya hanya bertumpu di ruang tamu rumah sendiri, atau tumpang menonton di rumah jiran pada zaman nenek moyang kita.

Kini, penonton bukan sahaja menikmati siaran secara langsung, malah program kegemaran yang terlepas tonton kerana kekangan masa juga boleh diakses semula; di mana-mana sahaja.

Perkembangan teknologi ini mesti dimanfaatkan untuk tujuan yang boleh membangunkan ummah. Walaupun sisi negatif teknologi komunikasi selalu diperkatakan, ia tidak dapat menafikan kebaikannya bergantung kepada niat dan tujuan pengguna itu sendiri.

Dengan teknologi juga kaedah menuntut ilmu agama semakin banyak berubah. Walaupun institusi seperti masjid, madrasah terus mengadakan kuliah agama, teknologi menjadikan telefon pintar sebagai alat untuk tujuan yang sama. Ilmu dicedok dari telapak tangan sendiri.

Melalui aplikasi telefon bimbit AlhijrahMedia yang kini sudah boleh diakses sepenuhnya, penonton mendapat kemudahan mengikuti siaran langsung rancangan-rancangan TV AlHjrah di segenap ceruk dunia.

Pelbagai rancangan berbentuk keagamaan dan peringatan serta siri-siri drama patuh syariah disediakan secara percuma di aplikasi telefon bimbit AlhijrahMedia untuk dinikmati penonton pelbagai lapisan masyarakat yang memuat turun aplikasi ini sekarang.

Dalam kehidupan sosial masa kini yang memerlukan masyarakat tidak tinggal pasif di sesuatu tempat, kemudahan sebegini memberi peluang penonton tidak ketinggalan program yang diminati. 

Bukan sahaja siaran langsung, AlhijrahMedia memberi peluang untuk akses lebih 5,000 program ilmu pendidikan serta hiburan bernada islamik yang telah disiarkan di TV AlHijrah.

Sepanjang sebelas tahun bersiaran banyak program TV AlHijrah yang mendapat sambutan hebat, malah ada yang memenangi anugerah.  Bagaimanapun penonton berdepan kesukaran untuk mengulang tonton program berkualiti yang diminati itu.

Misalnya begitu banyak program bercorak bual bicara dan ceramah agama yang mencatat penarafan (rating) tinggi semasa disiarkan. Program itu sebelum ini hanya tersimpan dalam arkib walaupun masih banyak yang ingin menonton.

Dengan adanya AlhijrahMedia, semua khazanah ilmu yang tersimpan di arkib itu boleh diulang tonton hanya melalui gajet.

Misalnya pada era awal penubuhan dulu TV AlHijrah banyak menyiarkan drama patuh syariah yang mendapat sambutan hangat. Salah satunya drama Matahari Terbit Lagi yang memenangi kategori Drama Terbaik Anugerah Skrin.

Memasyarakatkan ilmu pengetahuan dan berdakwah melalui kemudahan teknologi merupakan satu keperluan utama yang seharusnya dimanfaatkan oleh umat Islam supaya tiada lagi jawapan ‘tidak sampai seru’ dijadikan alasan untuk berubah kepada kebaikan

Begitu juga ceramah agama, program bercorak majalah, bual bicara dan program kanak-kanak, semuanya dihasilkan mengikut garis syariah yang ditetapkan. Semua ini merupakan nilai tambah bersesuaian dengan gagasan membina generasi terpimpin dengan nilai-nilai Islam.

Pada era langit terbuka ini, masyarakat kita terdedah dengan program atau kandungan kreatif yang berbagai-bagai sama ada dari dalam dan luar negara. Semua ini memerlukan kepekaan masyarakat membuat tapisan kendiri (self-censorship) terhadap sesuatu yang akan ditonton.

Mereka yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga akan sentiasa memastikan program yang ditonton tidak memberikan kerosakan pada jiwa dalam jangka masa panjang.

Program yang boleh diakses melalui AlhijrahMedia ini menepati kehendak masyarakat yang mencari kandungan kreatif yang menepati nilai-nilai yang selari dengan kehendak Islam.

Di sinilah pusat sehenti program islamik dalam dan luar negara yang terbesar di dunia. Bersama AlhijrahMedia, anda tidak lagi gusar melihat anak-anak atau pasangan anda menatap skrin telefon bimbit di mana-mana sahaja.

AlHijrahMedia boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Store secara PERCUMA sehingga 31 Januari. Muat turun sekarang untuk melayakkan anda mendapat keahlian Premium secara automatik.

AlhijrahMedia sedia alternatif kandungan sihat dan patuh syariah, pupuk budaya menonton sambil beribadah

| Advertorial, Semasa |