REALITI kehidupan seniman Amran Tompel, 70, tidak seindah filem yang dilakonkan untuk menghiburkan peminat.
Beliau kini terlantar sepenuhnya di katil akibat serangan angin ahmar ketika awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Amran kini terpaksa mengharapkan bekas isteri beliau untuk menjaga dan menguruskan keperluan dirinya yang tidak berdaya dan memerlukan bantuan untuk makan dan bergerak.

tangannya lemah dan tidak mampu digerakkan.
Memandangkan beliau yang sebelum ini tiada pekerjaan tetap dan bergantung sepenuhnya kepada kerjaya sebagai pelakon, beliau kini tiada sumber pendapatan mahupun wang simpanan untuk meneruskan kehidupan ditambah pula dengan keadaan pandemik Covid 19 yang berterusan yang benar-benar menguji semua rakyat Malaysia termasuk dirinya.
Harapan Seniman Amran Tompel bersama krew Suara Asnaf agar lebih ramai individu dan NGO tampil untuk membantu rakan-rakan artis yang ditimpa musibah dan dalam kesusahan.
Di kesempatan ini kami turut merayu kepada para penderma untuk menyumbang seberapa yang ikhlas kepada Seniman Amran Tompel melalui tabung yayasan kami.
Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 12 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).
Related posts:
