Apabila hidayah menerpa hati lelaki bertatu

“YA ALLAH sebak rasa. Begitulah hidayah,” kata Ustaz Ebit Lew sebagai reaksi apabila seorang lelaki bertatu mengucapkan syahadah.

Selain sebak atas kerelaan lelaki yang dikenali sebagai Raj itu memeluk Islam, Ustaz Ebit Lew dalam hantaran Facebooknya semalam juga menyatakan kekagumannya atas akhlak baik Raj dan berharap beliau menjadi contoh dan asbab kepada lebih ramai orang kembali pada Islam.

Raj yang merupakan seorang pengawal peribadi, pada penampilan luarannya memang kelihatan seperti samseng. Badannya penuh tatu dan membawa senjata ke mana-mana.

“Dia nak hadir ‘Seminar #PerbaikiDiri #Keluargasunnah pada 9 Februari 2020. Semangat beliau nak belajar perbaiki diri dekat dengan Allah. Ya Allah semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat lebih ramai orang memeluk Islam,” luah Ustaz Ebit.

Seseorang yang dikurniakan hidayah sangat beruntung kerana bererti telah memperoleh kebahagiaan hidupnya yang sejati. Namun seseorang perlu berusaha gigih bagi mendapatkan hidayah.

Begitulah hidayah, apabila Allah menghendakinya, hanya dengan kalimah Kun Fayakun. Keluarga Raj juga menerima baik keputusan beliau memeluk Islam.

Seseorang yang dikurniakan hidayah sangat beruntung kerana bererti telah memperoleh kebahagiaan hidupnya yang sejati. Namun seseorang perlu berusaha gigih bagi mendapatkan hidayah kerana Allah s.w.t telah berjanji akan memberikannya kepada seseorang yang berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Rata-rata netizen yang memberi komen meluahkan rasa kesyukuran atas khabar gembira tersebut dan percaya bahawa qudwah hasanah serta pendekatan dakwah bil hal oleh Ustaz Ebit Lew berjaya menambat hati bukan Islam untuk memeluk agama suci ini.

Gambar: Raj (kanan) bersama Ustaz Ebit Lew
(Sumber gambar: FB Ustaz Ebit Lew)

#digitalmediaTVAH #hidayah #lelakibertatumasukIslam #KunFayakun #hidayahAllah #kisahmasyarakat #muslimmukmin #RokiahIsmail #masukIslam #IslamIstheWayofLife

Apabila hidayah menerpa hati lelaki bertatu

| Semasa |