Apabila Ustaz Ebit Lew diduga keikhlasan tarbiahnya

SETIAP orang mukmin yang ditimpa ujian akan menyebut “Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuún” kerana mereka faham dengan maksud ujian yang diberikan Allah. Segalanya milik Allah dan kepada-Nya juga segalanya itu akan kembali. Hilanglah segala gusar, kecewa, sedih dan dukacita atas dugaan yang menimpa.

Musibah yang menimpa pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew semalam disambut keredaan oleh beliau, menyerlahkan sifat mukmin sebenar yang bukan hanya menitipkan nasihat untuk orang lain apabila diduga musibah.

Ustaz Ebit dalam laman Facebooknya memaklumkan pejabatnya di Bandar Baru Bangi dipecah masuk, menyebabkan beliau kehilangan barang-barang penting untuk berdakwah.

“Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu pejabat saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer, laptop-laptop, kamera-kamera baru beli juga rakaman ceramah-ceramah dan dakwah, telefon bimbit tiga dah tiada dan ada duit sikit… lebih dari 50k juga semuanya.

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua ya, biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat di sebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik,” tulis Ebit Lew.

Dalam menghadapi keadaan ini, beliau mengadu kepada Allah supaya kehilangan itu diganti dengan yang lebih baik. Begitulah biasanya perancangan Allah, diujinya hamba sebelum menganugerahkan sesuatu yang lebih berharga, sama ada berbentuk fizikal atau pertambahan iman yang semakin utuh.

Dalam menghadapi keadaan ini, beliau mengadu kepada Allah supaya kehilangan itu diganti dengan yang lebih baik. Begitulah biasanya perancangan Allah, diujinya hamba sebelum menganugerahkan sesuatu yang lebih berharga, sama ada berbentuk fizikal atau pertambahan iman yang semakin utuh.

Rasulullah S.A.W bersabda;
“Apabila seorang hamba ditimpa kegelisahan atau kesedihan, lalu ia berdoa, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qada’Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Abu Ya’la, Al-Hakim).

Semoga pencuri tersebut terbuka hatinya untuk menyerahkan semula bahan-bahan dakwah yang termuat dalam kamera tersebut, kerana sesuatu yang tidak penting padanya sangatlah besar pada pendakwah seperti Ustaz Ebit. Dia mungkin hanya perlukan duit, tetapi masyarakat perlukan didikan Ustaz Ebit.

Keterangan gambar: Hantaran di Facebook Ustaz Ebit Lew tentang pecah masuk di pejabatnya semalam

Apabila Ustaz Ebit Lew diduga keikhlasan tarbiahnya

| Semasa |