Arak punca pelbagai jenayah kejam – kanak-kanak dirogol hingga keluar usus dan rosak alat sulit oleh lelaki pemabuk

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun di Korea Selatan dirogol berkali-kali dalam tandas oleh seorang lelaki mabuk arak sehingga keluar usus dan rosak 80 peratus alat sulitnya hampir dua belas tahun lalu membuktikan manusia boleh bertukar menjadi syaitan akibat arak.

Kisah yang mendapat perhatian dunia pada 2008 sehingga kini masih menjadi bualan di media sosial kerana penjenayah kejam itu bakal dibebaskan pada akhir tahun ini. Masyarakat di sana yang mempunyai anak kecil bimbang perkara sama berulang kepada anak mereka.

Di Malaysia, pemandu mabuk tidak rasa bersalah dan tidak tahu apa yang sedang berlaku dan dilakukannya. Kisah pemandu mabuk yang mengheret motor yang dilanggarnya sejauh 3 kilometer tanpa sedar, malah mengangkat ibu jari kepada pemandu lain yang cuba menyedarkannya membuktikan ketidakwarasan akibat mabuk.

Minum arak adalah perbuatan larangan dalam kebanyakan agama, bukan hanya kepada penganut Islam sahaja. Agama datang untuk memberi panduan kepada manusia untuk hidup sejahtera dan aman serta tidak melakukan kerosakan di dunia.

Cho Soo Don dalam keadaan mabuk merogol dengan kejam seorang kanak-kanak dalam perjalanan ke sekolah sehingga keluar usus dan rosak alat sulitnya di Korea Selatan.

Ini kerana arak adalah punca kepada segala maksiat dan perbuatan buruk kerana dengan mabuknya seseorang itu, akalnya sudah tidak berfungsi dengan waras.

Namun ramai yang menyempitkan larangan mendekati arak ini hanya kepada agama Islam, kononnya hanya Islam sahaja agama yang melarang minuman keras ini sehingga tergamak menuduh penganut Islam dengki kepada peminum arak.

Sebenarnya larangan yang sama terdapat di dalam agama yang lain, cuma jika dibandingkan bilangan dalil larangan minuman keras berbanding agama lain; ternyata Islam menyediakan dalil yang lebih banyak berkaitan larangan ini. Justeru itulah mungkin kelihatan Islam lebih keras menentang perbuatan maksiat ini.

Terdapat tiga surah menyebut tentang larangan arak dalam Islam iaitu Surah al-Ma’idah ayat 90, Surah Al-Baqarah ayat 219 dan Surah an-Nahl ayat 67. Ini menunjukkan kesan buruk dari arak sangat penting disedarkan kepada umat Islam.

Menurut Firdaus Wong dalam laman Facebooknya, minum arak juga merupakan salah satu antara lima perbuatan yang sepatutnya dielakkan dalam agama Hindu selain berjudi, melacur diri dan berbohong serta membunuh orang.

Senada juga dengan agama Kristian yang menggariskan perbuatan mabuk dan penipu, penyebar fitnah, tamak, penyembah berhala dan melakukan seks tidak bermoral sebagai perbuatan yang dilarang agama, manakala larangan minum arak dalam agama Yahudi pula terdapat dalam Kitab Perjanjian Lama.

Dakwaan mengatakan minum arak itu hak individu dan mengaitkannnya dengan kebebasan hidup adalah hujah dangkal yang sangat bertentangan dengan agama.

Ajaran Buddha pula melalui Pencasila menyatakan “saya bersetuju untuk menghindarkan diri saya dari alcohol dan arak yang akan menyebabkan saya hilang kawalan diri”.  

Dalam kitab agama Sikh Guru Granth Sahib Ji himpunan Guru Gobing Singh terdapat larangan meminum arak. Dinyatakan “minum anggur menurunkan kecerdasan dan merosakkan fikiran.”

Justeru itu dakwaan mengatakan minum arak itu hak individu dan mengaitkannnya dengan kebebasan hidup adalah hujah dangkal yang sangat bertentangan dengan agama. Semua agama ternyata melarang perbuatan tidak bermoral yang sangat memberi kesan buruk kepada hak manusia untuk hidup aman dan selamat.

Gambar: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah MPV di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar Isnin lalu. (Sinar Harian)

Arak punca pelbagai jenayah kejam – kanak-kanak dirogol hingga keluar usus dan rosak alat sulit oleh lelaki pemabuk

| Agama, Semasa |