AGIHAN daging korban yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas bagi tahun 2022 dapat membantu golongan asnaf di Afrika. Hasil penyertaan rakyat Malaysia menerusi kempen Korban Ikhlas yang diadakan pada setiap tahun, bantuan disalurkan kepada mereka. Ini berikutan 55 peratus rakyat Chad membabitkan komuniti Islam hidup di negara keempat termiskin di dunia serta negara ketiga paling tinggi tahap kelaparan.
Afrika tercatat dalam golongan negara miskin di dunia. Menurut kenyataan World Population Review, Afrika adalah benua kedua terbesar dan kedua paling ramai penduduk di bumi dengan anggaran penduduknya pada tahun 2016 sebanyak 1.2 billion orang.
Afrika adalah penempatan kepada 54 negara terbahagi dalam 5 bahagian, iaitu Afrika Utara, Afrika Barat, Afrika Tengah, Afrika Timur, dan Afrika Selatan. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pada tahun 2009 bahawa populasi di benua Afrika telah mencecah satu billion dan hal ini meningkat dua kali ganda dalam tempoh 27 tahun.
Perkongsian dari salah seorang petugas di Yayasan Ikhlas tentang pengalaman beliau semasa menguruskan agihan daging korban di daerah Republik Chad menyatakan kebanyakannya adalah golongan asnaf yang kehidupan mereka serba daif. Ada dalam kalangan mereka memakan cebisan-cebisan dari kotak-kotak yang terbuang di pelupusan sampah, kemudian mereka mencicah cebisan kotak tersebut dengan air yang terdapat pada lopak di takungan air di tepi jalan.
Perkara ini telah memberi kejutan yang sangat besar buat petugas ini sewaktu dia berada di sana. Bayangkan mereka menjalani kehidupan secara berterusan hari demi hari dan daging pula hanya mereka dapat merasa cuma setahun sekali sahaja sempena Hari Raya Korban.
Dengan semangat dan keikhlasan dalam membantu saudara-saudara seislam, Yayasan Ikhlas telah merealisasikan projek ibadah korban di Chad selama 6 tahun sejak dari tahun 2016 dan telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Agama di Chad. Dengan adanya pengalaman dan kemahiran dalam menguruskan ibadah korban ini terbinanya sejumlah 3000 orang petugas yang terlatih turut sama membantu bagi memudahkan segala urusan seperti proses sembelihan, melapah daging, sehingga ke peringkat pengagihan daging korban supaya agihan tersebut sampai ke golongan yang memerlukan.
Yayasan Ikhlas ingin mengajak semua lebih-lebih lagi kepada yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban. Dengan satu bahagian penyertaan anda setidak-tidaknya anda telah menggembirakan hati rakyat Chad di sana selain dari ganjaran pahala. Layari www.korbanikhlas.com atau boleh hubungi di talian 03-87512500 untuk maklumat lanjut. Ukiran senyuman terpancar di bibir saat mereka menerima daging korban.
Gambar: Salah satu fenomena keadaan kemiskinan di Afrika.