Asteroid berkelajuan 56,000 batu sejam dan bersaiz Burj Khalifa bakal lintas Bumi 29 November ini

ASTEROID berdiameter 0.51 kilometer dengan saiz setinggi bangunan Burj Khalifa dijangka bakal melintasi Bumi dengan jarak paling hampir dijangka pada 29 November ini.

Dikenali sebagai 153201 2000 WO107, NASA memaklumkan asteroid itu kini bergerak di angkasa lepas pada kelajuan 56,000 batu sejam, namun dikatakan tidak akan menyebabkan malapetaka dan tidak akan menghentam Bumi.

Ini kerana ia diklasifikasikan sebagai Asteroid Menghampiri Bumi (NEA).

Sebelum itu, pada 29 Nov 2000, asteroid sama telah dikenal pasti saintis New Mexico buat kali pertama.

Gambar: zeenews.india.com

Asteroid berkelajuan 56,000 batu sejam dan bersaiz Burj Khalifa bakal lintas Bumi 29 November ini

| Semasa |