Baca al-Quran: Mashaf atau telefon?

SURAT KHABAR, buku, rancangan televisyen, malah al-Quran pun kini jarang dibaca atau ditonton secara konvensional. Semuanya dinikmati secara atas talian melalui aplikasi yang direka bagi menepati cara hidup masa kini.

Ramai yang mula membaca al-Quran melalui telefon kerana mudah melakukannya di mana-mana sahaja, sewaktu bersesak dalam kenderaan awam atau ketika terlupa membawa mashaf itu bersama.

Malah ada yang berasa remeh untuk menyelak helaian surah Yaasin sewaktu majlis tahlil, dan cukup membacanya di telefon bimbit masing-masing, sehingga kadangkala mewujudkan pelbagai tanggapan, adakah mereka sedang baca Yaasin atau bersembang di WhatsApp ketika majis berlangsung.

Tiga perkara apabila mata melihatnya terus mendapat pahala ialah pertama, melihat wajah ibu dan ayah, kedua ialah melihat al-Quran dan ketiga melihat Kaabah.

Menurut Ustazah Asma Harun dalam satu ceramahnya di YouTube, umat Islam diingatkan supaya tidak menggantikan mashaf al-Quran dengan telefon sekiranya bukan dalam keadaan terdesak, atau mempunyai pilihan antara mashaf al-Quran atau telefon. Ini bermakna, seseorang itu sepatutnya membaca al-Quran fizikal iaitu melalui mashaf berbanding telefon.

Selain faktor kesihatan, memegang mashaf al-Quran memberi pahala, tetapi tidak bagi yang memegang telefon. Malah sentiasa memegang telefon boleh menyebabkan hormon rosak kerana gelombang negatif yang dihasilkan. Namun sebaliknya apabila seseorang itu memegang al-Quran, cas-cas negatif dalam badan bertukar menjadi positif.

Selain itu beliau juga mengingatkan, tiga perkara apabila mata melihatnya terus mendapat pahala ialah pertama, melihat wajah ibu dan ayah, kedua ialah melihat al-Quran dan ketiga melihat Kaabah.

Justeru itu, utamakanlah membaca al-Quran melalui mashaf, kerana banyak manfaat daripada mukjizat yang diwariskan kepada umat Islam itu.

#digitalcontent #digitalmedia #tvalhijrah #tvkitauntuksemua #fbtvalhijrah #mushafalquran #bacalaquran #Kitabullah #mukjizatalquran #RokiahIsmail

Baca al-Quran: Mashaf atau telefon?

| Agama |