Balu mualaf bimbang terpisah dengan anak selepas kematian suami, dihantar pulang ke negara asal

NASIB seorang wanita mualaf, Mae Dahlia Abdullah, 50, yang berasal dari Filipina dan melafazkan syahadah lebih 17 tahun lalu berliku selepas Allahyarham suaminya, Mohd Don Mohd Saad, 64, diserang strok sehingga terlantar.

Keadaaan yang menimpa suaminya menyebabkan mereka tiada punca pendapatan berikutan suami yang menjadi ketua keluarga tidak mampu lagi bekerja sebagai pemandu untuk menyediakan keperluan keluarga.

Masalah kewangan yang semakin menghimpit ditambah keadaan kesihatan suami yang merosot memburukkan lagi situasi keluarga ini sehingga mereka terpaksa menumpang di rumah milik bekas majikan suaminya. Dia juga tidak boleh keluar bekerja kerana perlu menjaga arwah suami yang terlantar dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri.

Keluarga Dahlia menumpang di rumah bekas majikan arwah suaminya berikutan tiada sumber pendapatan selepas suaminya terlantar akibat strok.

Apabila suaminya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu, Dahlia dan anak tunggalnya yang kini berusia 11 tahun hidup sebatang kara. Mereka berdua keluar dari rumah bekas majikan dan kini hanya menyewa bilik kerana masalah kewangan.

Walaupun sudah 17 tahun menetap di Malaysia dan berkahwin dengan warganegara, namun Dahlia masih belum mendapat taraf warganegara atau penduduk tetap. Sebaliknya, wanita ini hanya menggunakan pas lawatan sosial dan masih perlu memperbaharui visa terbabit yang hanya bersifat sementara.

Perkara ini membimbangkan Dahlia tambah pula selepas suaminya meninggal dunia. Beliau bimbang kemungkinan terpaksa berpisah dengan anak dan dihantar pulang ke negara asal.

Gambar: Dahlia dan anak tunggalnya kini menyewa sebuah bilik kecil selepas suaminya meninggal berikutan berdepan masalah kewangan.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 35 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Balu mualaf bimbang terpisah dengan anak selepas kematian suami, dihantar pulang ke negara asal

| Advertorial, Semasa |