Bangsal daif tempat wanita, 6 anak berteduh selepas diusir bekas suami

RUMAH daif sebesar bangsal di Kampung Sungai Perling Baru, Lorong 4, Taman Perling, Johor Bahru, Johor, menjadi tempat seorang ibu tunggal, Awin, 31, (bukan nama sebenar), bersama enam anaknya berusia antara 10 hingga tiga tahun berteduh, selepas diusir bekas suami sebaik bercerai.

Namun rumah berkenaan tidak selamat berikutan sistem pendawaian yang tidak sempurna dengan wayar eletrik berjuntai di sana sini selain lambakan sampah sarap di sekeliling rumah.

Keadaan rumah yang didiami Awin dan enam anaknya amat sempit serta berselerak dengan barang-barang.

Keselamatan tujuh beranak ini juga terancam terutama ketika musim hujan kerana kawasan berkenaan sering dinaiki air kerana kedudukannya bersebelahan Sungai Perling.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 14 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Awin bersama anak-anaknya tinggal di dalam rumah daif sebesar bangsal yang dibina di kawasan berisiko banjir di Kampung Sungai Perling Baru, Johor Bahru.

Bangsal daif tempat wanita, 6 anak berteduh selepas diusir bekas suami

| Advertorial, Semasa |