Banjir paling teruk di Kampung Layang-Layang Kiri

BENCANA banjir kilat yang berlaku pada 17 November yang lepas adalah banjir besar paling teruk berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak. Menurut penduduk kampung, seramai 49 buah keluarga terpaksa dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Layang-Layang Kiri.

Petugas-petugas Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) Yayasan Ikhlas telah mengunjungi
kawasan yang terjejas akibat banjir untuk membantu mangsa mengeluarkan mangsa ke pusat
pemindahan (PPS).

Encik Wan, 31, berkata “Kali terakhir banjir di sini berlaku tahun 1995. Masa itu banjir sampai laman rumah. Kali ini air dah masuk dalam rumah. Mujur rumah kami ini tinggi sikit. Kawasan dalam sana habis banjir paras dada.

“Memang kami risau sebab hujan lebat sungguh dari petang semalam. Pukul 4.30 pagi baru hujan mula berhenti tapi masa itu air dah naik sampai betis. Kalau hujan lagi malam ini, mesti naik lagi air sebab air sungai pun dah penuh.”

Keadaan sebuah rumah yang terlibat banjir kilat di Kampung Layang Layang Kiri, Parit, Perak.

Kebanyakan kampung berdekatan kawasan ini telah ditenggelami air sehingga paras dada akibat hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam sehingga awal pagi tadi.

Semasa petugas CDERT Yayasan Ikhlas tiba di lokasi, kelihatan sepasukan anggota tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang sibuk membantu mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap.

Yayasan Ikhlas Ipoh juga berkesempatan memberikan bantuan peralatan kebersihan kepada keluarga mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit.

Bagi anda yang ingin menyumbang untuk Misi Bantuan Bencana sila layari misibantuan.com atau terus menyumbang ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Bantuan Bencana) atau hubungi talian 019-611 5954.

Gambar: Pasukan anggota tentera turut berada di lokasi banjir untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap

(4)

Banjir paling teruk di Kampung Layang-Layang Kiri

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>