Bapa dua anak sanggup berhenti kerja beri tumpuan jaga anak derita Cerebral Palsy

MOHAMAD Faizul Aziz, 29, dan isteri, Siti Nur Afiza Ahmad, 29, reda apabila anak mereka, Nur Arissa, 6, dikesan menghidap penyakit Cerebral Palsy selepas dilahirkan pada tahun 2015. Keadaan semakin serius selepas diserang sawan ketika berusia dua tahun mengakibatkan kanak-kanak itu hanya terlantar di atas tilam dan langsung tidak boleh bergerak sehingga kini.

Demi kasih dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Nur Arissa, bapa kepada dua anak ini sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai pemandu kargo sejak tiga tahun lalu.

Diet harian Nur Arissa meliputi makanan lembut seperti nasi, ayam dan ikan yang dikisar halus selain susu disalurkan menerusi tiub khas yang ditebuk terus ke bahagian perutnya.

Nur Arissa hanya memerlukan penjagaan dan dipantau sepenuh memandangkan dia tidak memiliki reflek gag (gag reflex) dan tidak mampu menelan air liurnya sendiri. Disebabkan itu, air liurnya perlu disedut menggunakan mesin khas selang beberapa minit untuk mengelakkan kanak-kanak itu daripada tersedak.

Nur Arissa juga menggunakan sebuah mesin bantuan pernafasan untuk mengurangkan tekanan pada paru-parunya. Perbelanjaan Nur Arissa juga semakin meningkat seiring dengan tumbesarannya.  Kos perbelanjaan susu sahaja melebihi RM350 sebulan menyebabkan Mohamad Faizul terpaksa menukar susu yang lebih murah untuk anaknya yang sebelum ini minum susu Pediasure, kerana harganya yang mahal, tidak termasuk kos lampin pakai buang.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 67 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Sebuah mesin bantuan pernafasan turut digunakan bagi mengurangkan tekanan pada paru-paru Nur Arissa yang terlantar sejak lahir akibat penyakit Cerebral Palsy.

(24)

Bapa dua anak sanggup berhenti kerja beri tumpuan jaga anak derita Cerebral Palsy

| Advertorial2, Semasa | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>