Bekas polis wanita hidap pelbagai sakit kronik, perlu bantuan kewangan anak tidak dapat bekerja kerana jaga ibu

SUATU masa dahulu beliau penuh dedikasi berbakti kepada negara, menjaga keselamatan negara dan berusaha membanteras segala bentuk jenayah yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Namun dalam usia emasnya, wanita ini diuji masalah kesihatan apabila menghidap pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang serta asma.

Walaupun Aminah, bekas anggota polis ini menerima pencen daripada persaraannya, sumber pendapatannya itu bukan sahaja habis digunakan malah tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatannya.

Walaupun tinggal bersama anak dewasa yang kalau dikira boleh membantu menambah beban kewangan ibunya, akan tetapi anak bongsunya itu tidak dapat bekerja untuk memandangkan ibunya memerlukan kepada penjagaan rapi.

Semakan rekod mendapati Aminah pernah menerima Bantuan Perubatan tetapi tidak diteruskan kerana tidak dibuat penyambungan bantuan.

Beliau bernasib baik kerana pada ziarah Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP kali ini, beliau dicadangkan semula untuk menerima bantuan Baitulmal MAIWP.

Di samping berharap agar kesihatannya kembali pulih, kita juga berharap insan seperti beliau mendapat layanan yang sepatutnya daripada pihak terbabit atas mengenang jasanya kepada negara.

Gambar: Aminah dikunjungi Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP di kediamannya. (FB Baitulmal MAIWP)

(1)

Bekas polis wanita hidap pelbagai sakit kronik, perlu bantuan kewangan anak tidak dapat bekerja kerana jaga ibu

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>