Benarkah air kelapa dan lemon baik untuk mereka yang terkena jangkitan coronavirus?

“ANDA boleh dengar, terpulang sama ada hendak ikut atau tidak,” tegas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berhubung cadangan Doktor Kesihatan Profesional (MBBS), Dr Noordin Darus.

Ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengamalkan prinsip bukti berasaskan perubatan (evidence based medication).

Pada Jumaat lalu, Dr. Noordin menyarankan sesiapa yang terkena jangkitan coronavirus untuk minum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama, manakala pada hari kedua pula pengambilan air itu perlu diteruskan tetapi dikurangkan kepada masing-masing lima gelas serta perlu mengambil banyak sayur hijau seperti kangkung.

“Apa yang menyebabkan kita kena mudah kena jangkitan sesuatu virus atau penyakit adalah bergantung kepada imuniti tubuh kita. Perkara ini mudah, kita cuma perlu jaga diri.

Dr. Noordin menyarankan sesiapa yang terkena jangkitan coronavirus untuk minum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama

“Coronavirus ini terkenal dengan sifatnya yang takut air jadi untuk jaga diri kena kerap mandi, jaga pemakanan dan hadkan pergerakan ketika ini,” katanya.

Beliau juga menasihatkan supaya jangan kerap makan gula, susu dan daging (sebagai usaha meningkatkan ketahanan badan) dan mengingatkan orang ramai supaya tidak panik kerana sifat itu sendiri akan mempengaruhi dan menurunkan imuniti badan.

Selain itu orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa bertenang dalam keadaan sekarang dan perlu mementingkan aspek penjagaan diri sebagai langkah pencegahan.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian Siri 155 bertajuk: Koronavirus: Adakah kita lambat bertindak?

Saranan Dr. Noordin itu diperkatakan oleh netizen yang meragui keberkesanannya, manakala sebahagiannya pula yakin dengan pendapat beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan dan pakar dalam rawatan melalui air.

Keterangan gambar: Kenyataan Dr. Noordin yang dipetik Sinar Harian.

Benarkah air kelapa dan lemon baik untuk mereka yang terkena jangkitan coronavirus?

| Kesihatan, Semasa |