Berbekal RM100 untuk sara hidup bulanan di kampus

NURASHIKIN Abdullah, 21,  satu-satunya anak dalam keluarga yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.

Walaupun kos sara hidup di kampus tinggi, gadis manis ini sanggup mengikat perut dan berjimat dengan wang belanja RM100 yang diberikan bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah setiap bulan.

Keluarga Nurashikin membayar sewa rumah sebanyak RM120 sebulan dan sudah menetap lebih 15 tahun di rumah berkenaan.

Dia tidak mahu menyusahkan keluarga lebih-lebih lagi apabila bapanya hanya tinggal RM50 untuk belanja rumah selepas memperuntukkan RM100 itu untuk kegunaannya di kampus.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 07 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: (Kanan) Nurashikin turut membantu bapanya, Zainal di kebun getah setiap kali cuti semester.
(Kiri) Zainal keluar menoreh pada waktu pagi dan petang bagi menambah pendapatan keluarga.

Berbekal RM100 untuk sara hidup bulanan di kampus

| Advertorial, Semasa |