Berikan joran, bukan sekadar ikan!

AL-Huda Islamic Learning Centre adalah sebuah pusat komuniti bagi membangunkan masa depan yang baharu buat mereka yang terpinggir.

Di kalangan anak-anak ini ada dari kalangan Bajau Laut, ada dari suku Suluk dan sebahagian kecil dari keturunan Bugis.

Ada yang punyai kad pengenalan dan ramai juga yang tiada atau belum memiliki kad pengenalan.

Di sini mereka diajar 3M, al-Quran dan asas fardhu ain.

Kemudahan yang ada mungkin selesa untuk menampung 120-150 pelajar, tetapi kini dimanfaatkan oleh seramai 420 dari kalangan mereka.

Pelajar-pelajar yang terbaik, ditempatkan dalam ‘kelas fast-track’ untuk dilatih sebagai imam dan guru Quran kepada masyarakat setempat.

Pelajar-pelajar yang terbaik, ditempatkan dalam ‘kelas fast-track’ untuk dilatih sebagai imam dan guru Quran kepada masyarakat setempat.

Kami merancang untuk menyiapkan surau untuk mendidik mereka dengan praktikal solat dan membudayakan solat berjemaah.

Modul kemahiran diri akan diperkenalkan agar mereka berjaya membina sejarah yang baharu buat diri, keluarga dan masyarakat mereka.

Yayasan Ikhlas akan mendanai pembinaan surau, pejabat pusat komuniti, peralatan pembelajaran, gaji guru-guru dan staf sokongan serta kelengkapan asas lain di sepanjang tahun 2021 ini.

Al-Huda Islamic Learning Centre adalah sebuah pusat komuniti bagi membangunkan masa depan yang baharu buat mereka yang terpinggir.

Dari dalam lubuk hati, saya ingin menyeru kepada para dermawan yang budiman, pemimpin masyarakat dan badan korporat agar sudi ke depan untuk bersama mendanai projek yang besar dan mulia di sisi Allah SWT ini.

Ayuh tunjukkan sokongan anda. Salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Yayasan Ikhlas di nombor akaun 5628 3463 6228 dengan rujukan kepada Pek Ikhlas; atau klik link https://www.billplz.com/PekIkhlasMakananAsas untuk memberi sumbangan anda.

Berikan joran, bukan sekadar ikan!

| Advertorial, Semasa |