Berjuang untuk hidup, bayi baru lahir genggam alat cegah hamil bukti kebesaran Allah

BAGAIKAN seorang pahlawan yang berjaya menggengam panah yang dilepaskan kepadanya, begitulah keadaan bayi lelaki yang lahir sambil mengenggam erat gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya sejak dua tahun lalu.

Selain membuktikan takdir Allah itu mengatasi segalanya, kehadiran bayi seberat 3.2 kilogram yang masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya ini menunjukkan betapa kuatnya perjuangan yang ditempuhi bayi ini untuk lahir ke dunia.

Dilahirkan di Hanoi oleh ibu berusia 34 tahun itu minggu lalu, gambarnya sedang memegang alat perancang keluarga IUD yang didakwa keluar bersamanya itu tular dan mendapat perhatian ramai.

Aksi unik bayi itu sempat dirakam pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam dan dikongsi oleh pihak hospital di media sosial, lapor NZ Herald.

Bayi ini dilahirkan sihat dan masih dalam pemantauan pihak hospital di Hanoi.

Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.

Pemasangan IUD ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur, namun kehadiran bayi ini menunjukkan terdapat juga kes bayi “terlepas”.

Gambar: Bayi lelaki di Hanoi memegang alat pencegah kehamilan IUD yang dipakai ibunya dua tahun lalu di Hanoi, Vietnam. (NZ Herald)

Berjuang untuk hidup, bayi baru lahir genggam alat cegah hamil bukti kebesaran Allah

| Semasa |