Bilik Gerakan Bencana Yayasan Ikhlas cadang mangsa sedia beg ‘ready-to-go’

* Artikel ini disediakan oleh pihak Yayasan Ikhlas.

BANJIR merupakan bencana yang tidak diduga. Apabila berlaku kecemasan, persiapan rapi sangat diperlukan bagi mencegah sesuatu yang tidak diingini dan memudahkan pelbagai urusan.

Berikut adalah beberapa tips persediaan banjir Monsun Pantai Timur dan cadangan mengenai beg “ready to go”:

Bersiap sedia dengan maklumat terkini banjir:

  • Cari maklumat daripada laman sesawang atau komuniti tentang info terkini banjir tempatan atau agensi kerajaan yang berkaitan. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat. Layari: https://publicinfobanjir.water.gov.my/ untuk kemaskini tentang lokasi yang selalu dinaiki air ketika hujan lebat.

Senaraikan Keperluan Asas:

  • Sediakan senarai keperluan asas seperti pakaian lengkap tiga ke lima hari, makanan ringan yang tahan lama, air bersih, ubat-ubatan, lampu suluh, dan alat komunikasi seperti radio atau telefon mudah alih bersama bateri tambahan. Jangan lupa dokumen penting seperti kad pengenalan diri.

Beg ‘Ready-to-Go’:

  • Sediakan beg ‘ready-to-go’ yang boleh memuatkan keperluan asas. Beg ini sepatutnya mudah dibawa dan kalis air. Pastikan beg mengandungi barang-barang penting yang diperlukan seperti pakaian tukar, makanan ringan, dokumen penting, dan alat kebersihan peribadi. Selain itu masukkan juga kit kecemasan dan ubat-ubatan bagi mereka yang memerlukan.

Dokumen Penting:

  • Sediakan salinan dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, dan dokumen penting lain dalam bentuk digital. Simpan salinan ini di dalam beg ‘ready-to-go’ atau secara dalam talian untuk memudahkan capaian semasa kecemasan.

Peta dan Lokasi Pusat Pemindahan:

  • Simpan peta atau arah yang menunjukkan lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  terdekat dengan lokasi anda berada. Jangan tunggu sehingga air naik melebihi paras berbahaya untuk berpindah ke PPS

Komunikasi dengan Jiran:

  • Bentuk rangkaian sokongan komuniti dengan berkomunikasi sesama jiran. Sediakan senarai orang penting yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dan alamat jiran yang boleh dihubungi. 
  • Latihan Bersama Keluarga:
  • Lakukan latihan bersama keluarga atau komuniti untuk memastikan setiap ahli keluarga tahu apa yang perlu dilakukan dan di mana peralatan keselamatan disimpan sekiranya ada. Maklumkan pada anak-anak keadaan terkini dan bantu mereka mengatasi situasi sukar dengan pemakluman awal.

Sumber Maklumat:

  • Dapatkan sumber-sumber maklumat yang boleh diakses oleh mangsa banjir untuk mendapatkan informasi terkini. Ini termasuk laman web agensi kerajaan, stesen radio tempatan, atau aplikasi mudah alih.

Bantuan Psikososial:

  • Beri tumpuan kepada aspek psikososial dengan menambah dalam beg ‘ready-to-go’ bahan seperti mainan atau bahan pembacaan untuk kanak-kanak, serta senarai nombor telefon bantuan kesihatan mental.

Perkongsian Maklumat:

  • Galakkan perkongsian maklumat mengenai persediaan banjir di media sosial atau komuniti dalam talian untuk memastikan semua orang mempunyai akses kepada maklumat yang diperlukan.

Ingat, keselamatan adalah keutamaan. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan daripada agensi keselamatan atau sukarelawan tempatan jika diperlukan.

Untuk makluman semua, Bilik Gerakan Bencana Yayasan Ikhlas telah dilancarkan bermula dengan Mesyuarat Pengurusan Bencana Pantai Timur. Yayasan Ikhlas komited untuk membantu mangsa banjir. Bagi yang ingin bersama kami sebagai sukarelawan, layari: https://sukarelawan.yayasanikhlas.org.my/ dan bagi yang ingin menyalurkan sumbangan boleh ke laman sesawang: https://misibantuan.com

Gambar: Aktiviti Kit Emosi bersama anak-anak di PPS SMK Tok Naser

(32)

Bilik Gerakan Bencana Yayasan Ikhlas cadang mangsa sedia beg ‘ready-to-go’

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>