Bincang Niaga 2021 teruskan inisiatif bantu usahawan melalui pakej mampu milik

MEMAHAMI keadaan usahawan bumiputra yang belum mampu berdiri tegak sepenuhnya selepas hentaman ribut Covid-19, TV AlHijrah meneruskan inisiatif bantuan melalui penawaran pakej pengiklanan mampu milik untuk manfaat Industri Kecil & Sederhana IKS/SME tempatan.

Dengan tema Bincang Niaga Bangkit Bersama 2021 ini, usaha yang merupakan kesinambungan siri Bincang Niaga sejak lima tahun lalu diteruskan lagi dengan lebih rancak dan penuh komited dalam suasana pemulihan ini agar mereka dapat menjana perniagaan melalui apa sahaja platform yang ditawarkan.

Fiha (kanan), Ketua Strategi Bincang Niaga TV AlhIjrah sedang melayan beberapa usahawan muda yang memilih pakej tawaran Bincang Niaga lepas.

Bakal dilancarkan pada 28 April 2021 dengan sasaran tiga siri Bincang Niaga, peluang emas ini diharap dapat memberi peluang kepada usahawan yang menyasarkan jualan pada Mei hingga Julai tahun ini bagi membolehkan mereka terus bangkit bersaing dalam lapangan.

Usaha ini manifestasi solidariti atas nama ukhuwah sesama Islam apabila memerhati situasi semasa para usahawan yang berdepan kelembapan aktiviti perniagaan yang belum pulih sepenuhnya.

Ini kerana antara agenda tidak langsung stesen ini membantu para usahawan IKS menguasai ekonomi domestik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Para usahawan dalam kalangan selebriti juga tidak melepas peluang mempromosi produk mereka dalam Bincang Niaga siri lepas.

Ia juga bagi menggalakkan usahawan baharu meningkatkan jualan dan membina jenama melalui pakej tertentu di pelbagai platform yang disediakan stesen.

Bincang Niaga kali ini juga memakai konsep siapa cepat dia dapat kerana slot yang ditawarkan amat terhad dan juga mengambil kira faktor pematuhan penyiaran yang telah ditetapkan.

Justeru itu, inisiatif ini diharapkan dapat membantu keseluruhan pihak yang terjejas dengan wabak ini di mana mereka tidak dapat memasarkan produk secara efektif dan seproduktif dulu.

Usahawan yang berminat bolehlah merebut peluang ini dengan membuat pendaftaran di pautan ini;  https://www.tvalhijrah.com/bincangniaga/

Bincang Niaga 2021 teruskan inisiatif bantu usahawan melalui pakej mampu milik

| Advertorial, Semasa |