Bukan biasa-biasa, lelaki sanggup bida 1.6 juta euro untuk New Kim dalam acara lelong

BUKAN biasa-biasa, seekor burung merpati baka Belgium yang diberi nama New Kim ini dijual pada harga 1.6 juta euro (ASD1.9 juta) menerusi satu sesi lelongan di Belgium pada Ahad lepas.

Seorang peminat lumba merpati dari China sanggup membida dengan harga yang setinggi itu untuk memiliki burung betina berusia dua tahun tersebut.

Sebelumnya beliau terpaksa bersaing dengan seorang lagi pembida dalam acara yang diadakan di pusat merpati Pipa, di bandar Knesselare, dalam wilayah Flanders yang berlangsung selama dua minggu itu.

Kurt Van de Wouwer, penternak dan pemilik asal burung tersebut juga terkejut dengan berita pembinaan dengan harga tersebut, lapor portal BBC yang memetik Reuters.

Ini kerana pada mulanya harga lelongan merpati itu diletakkan hanya 200 euro.

Kali terakhir bidaan seekor burung merpati baka sama adalah tahun lalu, di mana ia berjaya dibida pada harga 350 ribu euro (ASD406,000).

Sebanyak 445 burung telah diletakkan dalam bidaan berkenaan dan jumlah keseluruhan jualan setakat ini sudah mencecah lebih 6 juta euro (ASD7 juta).

Acara bidaan seumpama ini merupakan ‘lubuk wang’ buat penternak burung dan tumpuan mereka kebanyakannya ialah peminat dari China.

Lelongan itu dijadual berakhir hari ini.

Gambar: New Kim (www.bbc.com)

Bukan biasa-biasa, lelaki sanggup bida 1.6 juta euro untuk New Kim dalam acara lelong

| Semasa |