Buntu cari dana tampung kos pembedahan skoliosis anak

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Januari lalu menyebabkan Murni Mansor, 47  semakin buntu.

Murni terpaksa berfikir keras cara mengumpul wang untuk pembedahan membetulkan tulang belakang anaknya, Shafiyah Laiyinah, 15, yang membengkok akibat menghidap penyakit skoliosis.  

Murni yang hanya bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah syarikat katering dengan pendapatan RM1,500 sebulan, kini hilang mata pencarian selepas syarikat itu tidak dapat beroperasi. 

Shafiyah Laiyinah banyak menghabiskan masa menemani kakaknya Syiah Nasyitah yang mempunyai bakat besar melukis kartun animasi Jepun.

Beliau yang juga seorang ibu tunggal amat bimbang memikirkan keadaan anaknya yang dijadualkan akan menjalani pembedahan pada 16 Mac ini berikutan masih tidak cukup RM20,000 sedangkan kos keseluruhan pembedahan berjumlah RM35,000.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 19 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Murni menunjukkan gambar sinar-X Shafiyah Laiyinah yang membengkok 55 darjah dan perlu menjalani pembedahan untuk meluruskan tulangnya yang membengkok ke kanan pada 16 Mac ini.

Buntu cari dana tampung kos pembedahan skoliosis anak

| Advertorial, Semasa |