Calon SPM tercicir kelas “online” tak mampu beli komputer, data internet

SEORANG calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Abdul Raziq Abdul Hakim, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Hamzah, Klang, Selangor,  tidak dapat mengikuti sepenuhnya kelas online kerana tidak memiliki komputer selain tidak mampu untuk membayar data internet untuk mengikuti kelas kerana berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.  

Bapa remaja ini, Abdul Hakim Ali, tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas ditimpa kemalangan kira-kira tiga tahun yang lalu.

Kecederaan tangan yang dialami  akibat kemalangan itu menyebabkan Abdul Hakim tidak mampu melakukan kerja-kerja berat dan kini bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk menyara keluarganya.

Di dalam bilik kecil inilah mereka tidur, memasak dan belajar.

Manakala ibunya, Fazilah Hasan, pula tidak mampu bekerja berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan tidak mampu melakukan kerja-kerja berat kerana baharu sahaja menjalani pembedahan usus.

Abdul Raziq  bersama ibu bapa dan dua adik perempuannya menyewa sebuah bilik di atas sebuah rumah kedai di Klang, Selangor. Di dalam bilik kecil inilah mereka sekeluarga tidur, memasak dan belajar. 

Keluarga ini mengharapkan bantuan zakat dan simpati daripada saudara mara serta jiran tetangga untuk membayar sewa bilik sebanyak RM350 sebulan. 

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 16 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Abdul Raziq bersama keluarganya menyewa sebuah bilik di atas sebuah rumah kedai di Klang, Selangor.

Calon SPM tercicir kelas “online” tak mampu beli komputer, data internet

| Advertorial, Semasa |