Catat nombor telefon isteri dan ibu di beg Food Panda, ‘rider’ buat persediaan sekiranya kemalangan menimpa sewaktu cari rezeki

DUNIA mereka di atas jalan, kepantasan mereka sampai ke destinasi menentukan jumlah bayaran yang diterima setiap hari. Dalam keadaan perbelanjaan harian semakin meningkat kosnya, usaha berganda sangat perlu demi menjamin kelangsungan hidup anak isteri dan tanggungan.

Makin lama berada di lapangan, makin besar risiko yang dihadapi mereka. Justeru itu tidak hairanlah berita kemalangan melibatkan penghantar makanan sering menyapa indera kita. Kisah yang menyayat hati tentang pengorbanan marhaen mencari sesuap nasi dalam kemelut wabak sudah tidak asing lagi pada kita.

Mereka ini dalam kolongan ‘tidak bergerak tidak makan’ atau ‘tiada kerja tiada gaji’ perlu meredah segala onak duri kerana tiada pilihan lain lagi.

Salah seorang daripada mereka yang berjuang mendepani kepayahan hidup adalah lelaki ini. Seolah-olah telah bersedia dengan segala kemungkinan marabahaya, beliau mengambil langkah bijak memaparkan nombor telefon isteri dan ibunya untuk dihubungi sekiranya bencana menimpa sepanjang tugas mencari rezeki.

Gambar ini sempat dirakam dan dimuat naik di laman Facebook Haradian Shah El Hamdani semalam, mendoakan keselamatan para ‘rider’ yang terpaksa keluar mencari rezeki sepanjang PKP 3.0.

Di pihak isteri atau ibunya pula, dapat kita bayangkan betapa berdebarnya hati mereka apabila dihubungi mereka yang tidak dikenali. Pasti terjangka di fikiran apa bentuk berita yang bakal diterima.

Diamnya telefon mereka petanda si suami atau si anak masih selamat. Dan betapa bahagianya dua wanita ini tatkala melihat orang yang disayangi itu pulang dengan selamat.

Lazimnya tawakkal dan pergantungan diri insan sebegini pada Allah sangat tinggi, kerana mereka menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah sebelum keluar ‘berjuang’.

Semoga Allah sentiasa melindungi mereka yang menjadi ketua keluarga ini dengan sifat Rahim-Nya.

Catat nombor telefon isteri dan ibu di beg Food Panda, ‘rider’ buat persediaan sekiranya kemalangan menimpa sewaktu cari rezeki

| Semasa, Tumpang Bahu |