Cepat tersinggung dan rasa sedih juga kesan Covid-19

SETAKAT ini, sebanyak 29 kes Covid-19 telah dikesan di Malaysia, di mana sebanyak 22 pesakit telah sembuh manakala tujuh masih dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ciapan di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memeriksa perubahan pada diri sendiri sekiranya terdapat ciri-ciri jangkitan ini.

Selain ciri-ciri fizikal, Covid-19 juga boleh menyebabkan individu terkesan dari segi emosi dan psikologi seperti bimbang, cepat tersinggung dan mudah rasa sedih serta menangis.

Sesiapa yang perasan dirinya mengalami perubahan sebegini dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan dari klinik atau hospital berdekatan supaya langkah pencegahan lebih awal dapat dilakukan dengan segera.

Cepat tersinggung dan rasa sedih juga kesan Covid-19

| Kesihatan, Semasa |