Cinta sejati lelaki berusia 94 tahun, peluk bantal wajah isteri setiap malam

LELAKI berusia 94 tahun ini kelihatan sebak dan menitiskan air mata sebaik sahaja menilik gambar yang tercetak di sebiji bantal.

Bantal yang dihadiahi kakitangan pusat jagaan Thistleton Lodge di Preston, England yang dihuninya itu pengganti isterinya yang telah pergi ke alam abadi setahun lalu

Gambar isterinya yang terpapar di bantal itu cukup menggembirakan Ken Benbow, veteran Perang Dunia Kedua yang memeluk bingkai kaca berisi gambar isterinya setiap malam sebelum dihadiahkan bantal itu.

Namun kerana sikap prihatin penjaganya, Kia Mariah Tobin, 17, bingkai gambar itu digantikan dengan bantal bergambar isteri Benbow, Ada Benbow untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepadanya tatkala beliau tidur.

“Ada ialah seorang isteri terbaik, penyayang dan cantik. Apabila saya menerima bantal ini, ia menjadi barang yang paling berharga yang pernah saya dapat.

“Ada ialah seorang isteri terbaik, penyayang dan cantik. Apabila saya menerima bantal ini, ia menjadi barang yang paling berharga yang pernah saya dapat,” ucap Benbow.

“Saya sedih kerana dia pergi sebelum saya tetapi dia kini sentiasa dalam dakapan saya setiap malam,” katanya kepada agensi berita BBC.

Benbow telah berkahwin sejak 71 tahun lalu sebelum Ada meninggal dunia pada usia 93 tahun akibat sakit tua.

Kekuatan cinta pasangan ini sangat wajar dicontohi oleh generasi baharu di mana kasih mereka tidak pudar ditelan waktu. Tempoh hidup bersama selama tujuh dekad itu bukanlah senang dipertahankan jika cinta antara pasangan begitu rapuh dan tiada kejujuran antara mereka.

Gambar: Lelaki warga emas berusia 94 tahun ini sebak dan pilu apabila memandang gambar wajah isterinya yang tercetak di sebuah bantal pemberian penjaganya. Foto: Facebook

Cinta sejati lelaki berusia 94 tahun, peluk bantal wajah isteri setiap malam

| Keluarga, Semasa |