Coronavirus ancaman baharu dunia

SATU demi satu wabak menular di seluruh dunia, menggusarkan penduduk yang terlibat serta negara jiran. Setelah panik dengan serangan Influenza, ibu bapa khususnya, risau dengan penularan wabak Coronavirus yang sedang hangat diperkatakan di China.

Menurut laporan AFP, China telah mengasingkan hampir 20 juta penduduk di Wuhan dan bandar berhampiran, semalam, serta mengumumkan langkah pengekangan wabak menjelang perayaan Tahun Baharu China yang menyaksikan jutaan rakyatnya melakukan perjalanan seluruh negara.

Virus pernafasan yang sudah membunuh 28 orang sejak tercetus dari sebuah pasar haiwan dan makanan laut di Wuhan terus menjangkiti ratusan orang dan sudah tersebar sehingga ke Amerika Syarikat.

Virus pernafasan yang sudah membunuh 28 orang sejak tercetus dari sebuah pasar haiwan dan makanan laut di Wuhan terus menjangkiti ratusan orang dan sudah tersebar sehingga ke Amerika Syarikat.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap wabak itu masih tidak boleh dianggap darurat kesihatan dunia, ia tetap mencetuskan kebimbangan dunia kerana sifatnya hampir serupa dengan SARS Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh hampir 650 orang di China dan Hong Kong pada 2002 dan 2003.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata, jumlah kematian disemak semula berikutan berlakunya lapan kematian baharu semalam dan 259 kes baharu dilaporkan berlaku di seluruh negara. Daripada 830 kes yang disahkan itu, 177 mangsa berada dalam keadaan serius, manakala seramai 34 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Coronavirus ancaman baharu dunia

| Semasa |