Covid-19 sekat usaha pembangunan Madrasah Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat

COVID 19 telah memberikan impak yang begitu mendalam terhadap sistem pendidikan di seluruh dunia dengan begitu banyak institusi pendidikan yang terpaksa ditutup akibat kekurangan tenaga pekerja serta dana untuk meneruskan sistem pembelajaran seperti biasa.

Perkara sama turut dirasai di sebuah sekolah maahad tahfiz yang terletak di Raub, Pahang iaitu Madrasah Darul Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat yang menyediakan kemudahan pembelajaran Al-Quran kepada pelajar yang berminat.

Disebabkan pelbagai kekangan yang berlaku ketika negara dilanda pandemik, ramai pelajar di Madrasah Darul Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat terpaksa memberhentikan pembelajaran mereka dan pada masa yang sama, dana dari penyumbang yang semakin berkurangan mengakibatkan keadaan fasiliti di sini semakin bertambah teruk dan sukar untuk diselenggarakan.

Pihak pengurusan terpaksa memberhentikan pengambilan pelajar lelaki buat sementara waktu akibat kekangan dari segi dana, dan hanya memfokuskan kepada pelajar perempuan sahaja buat masa ini. Hal ini juga adalah berikutan ketiadaan ruang belajar buat pelajar yang sedia ada dan pengambilan hanya boleh dibuka sekiranya terdapat kekosongan.

Madrasah yang kini beroperasi di rumah teres setingkat yang di sewa di Taman Amelina, Raub Pahang hanya dapat memuatkan kira kira 30 orang pelajar dalam satu masa. Ruangan yang sempit ini juga merupakan ruang untuk para pelajar menghafal, menunaikan ibadah, beristirehat, bersosial atau beriadah.

Dalam keadaan serba kekurangan ini mereka masih mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian penilaian.

Justeru itu, dalam keadaan yang mencabar ini, sumbangan dari masyarakat adalah sangat diperlukan untuk membantu madrasah ini mengatasi masalah kewangan yang dihadapi serta merealisasikan impian mereka dalam usaha membinaan madrasah baharu.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita berinfaq dengan menyumbang kepada Madrasah Darul Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat menerusi MAYBANK – 5562 4401 7501.

Anda juga boleh menghubungi talian 019 227 1224 untuk menyumbang atau terus ke laman web kami di www.madrasahwaulumulquran.com atau ke laman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut.

(22)

Covid-19 sekat usaha pembangunan Madrasah Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>