Derita berganda ibu kanser ovari, anak OKU hidap kelenjar tiroid

SUDAHLAH diuji dengan menghidap kanser ovari tahap tiga, Suraida Mohammad, 44, yang turut menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi turut berdepan ujian getir apabila permata hatinya, Nur Amiera Maisarah, 11, disahkan menghidap penyakit kelenjar tiroid ketika berusia tiga tahun.

Penyakit itu menyebabkan anaknya mengalami masalah pembelajaran berikutan tumbesaran dan perkembangan otaknya terencat akibat kekurangan hormon Thyroxine yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.

Suraida bersama anaknya Nur Amiera Maisarah memerlukan bantuan memandangkan kos perubatan dan susu khas yang diperlukan mereka memakan belanja tinggi setiap bulan.

Tambah malang apabila suaminya, Ridzuan Abdul Raman, 49,  yang bekerja sebagai pekerja am sebuah pasar raya diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19.

Sepanjang PKP keluarga ini terpaksa mengharapkan belas ihsan keluarga memandangkan mereka tiada langsung wang simpanan dan suami Suraida tidak dapat keluar mencari pekerjaan.

Mereka buntu memandangkan tidak mampu menampung kos perubatan dan susu khas yang memakan belanja tinggi setiap bulan.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 05 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Nur Amiera disahkan menghidap penyakit kelenjar tiroid sehingga menjejaskan tumbesaran dan perkembangan otaknya ketika berusia 3 tahun.

Derita berganda ibu kanser ovari, anak OKU hidap kelenjar tiroid

| Advertorial, Semasa |