Diserang muntah darah penuh satu plastik, bekas Pengarang Berita tabah harungi ujian kanser lidah tahap empat

PADA mulanya, Azran Md Jaffar, 54 menyangka sakit gigi dan gusi sering dialaminya selama dua tahun hanya penyakit biasa, sehinggalah muncul benjolan kecil dileher yang disangkakan beguk.

Selain itu bekas Pengarang Berita akhbar Berita Harian ini juga hilang selera makan berikutan kesakitan yang dialami sehingga menyebabkan beliau hanya mampu makan bubur sahaja bagi mengalas perut, sekitar Mac tahun lalu. 

Selepas diserang muntah darah sehingga penuh satu plastik dan didiagnos doktor Hospital Ampang setahun lalu, dia disahkan menghidap kanser lidah tahap empat; di mana tiga perempat lidahnya sudah dijangkiti terutama pangkal lidah dan lidah depan.

Azran hanya minum susu melalui tiub khas yang ditebuk di perutnya kerana dia boleh tersedak dan menyebabkan komplikasi sekiranya makanan masuk ke dalam paru-paru.

Sebaik sahaja disahkan menghidap kanser, Azran menjalani pembedahan sekitar Jun tahun lalu untuk memasang tiub di perut selain menebuk leher untuk bernafas. Ini kerana apabila menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi, lidah akan mengeras dan dia tidak dapat bernafas melalui hidung atau mulut.

Dia hanya minum susu khas berharga RM85 satu tin yang dimasukkan melalui tiub di perut untuk meneruskan hidup, kerana doktor tidak mengesyorkan makanan lain termasuk bubur, kerana bimbang boleh tersedak dan akan menyebabkan komplikasi lain sekiranya makanan masuk ke dalam paru-paru.

Bagi memastikan dia mendapat nutrien yang mencukupi, doktor menyarankan agar membancuh lapan skop susu untuk setiap sajian; dan Azran perlu minum setiap tiga jam sekali. Ini bermakna satu tin susu diperlukan setiap hari, satu perbelanjaan besar bagi keluarganya.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 27 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank)

Gambar: Leher Azran ditebuk bagi memudahkannya bernafas kerana rawatan kemoterapi dan radioterapi menyebabkan lidah mengeras dan tidak dapat bernafas melalui hidung.

Diserang muntah darah penuh satu plastik, bekas Pengarang Berita tabah harungi ujian kanser lidah tahap empat

| Advertorial, Semasa |