Doa dan harapan Khabib Nurmagomedov

OLEH IZZAT SYAMIR ISMAIL
(izzat.syamir@tvalhijrah.com)

PETARUNG Ultimate Fighting Championship (UFC) yang juga pemegang tali pinggang Lightweight Champion, Khabib ‘The Eagle’ Nurmagomedov bersama-sama masyarakat dunia yang lain mendoakan keselamatan dan kesihatan pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

Menerusi ciapan Instagramnya, ia memaparkan wajahnya yang ditutup dengan topeng muka dengan kapsyen “Semoga Yang Maha Berkuasa Melindungi kita semua”.

Para peminatnya bersama-sama mengaminkan doa beliau dan tidak henti-henti memberikan sokongan kepada setiap pesakit wabak ini menerusi ruangan komen.

Petarung Muslim yang berasal dari wilayah Dagestan, Rusia ini merupakan seorang yang sangat patuh kepada ajaran Islam. Sikap rendah diri yang ada pada dirinya membuatkannya sangat dihormati masyarakat.

Pada ketika ini, Khabib sedang sibuk mempersiapkan diri untuk pertarungan seterusnya menentang Tony Ferguson yang dijadualkan berlangsung pada 18 April 2020.

Walaubagaimanapun, pertarungan ini kemungkinan besar akan dtangguhkan atau dilangsungkan di tempat lain kesan daripada penularan wabak Covid-19 ini.

Khabib menyiarkan gambarnya bertopeng muka dalam laman Instagramnya dengan kapsyen “Semoga Yang Maha Berkuasa Melindungi kita semua”.

Khabib masih menjalani latihan seperti biasa namun secara bersendiri tanpa ditemani rakan ‘sparring’.

Menurut jurulatihnya, Khabib sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal tanpa mengabaikan tuntutan agama.

Nama Khabib melonjak naik selepas meraih kemenangan ke atas petarung kontroversi, Conor Mcgregor yang sebelum ini dilihat seringkali mencetuskan provokasi melampau melibatkan keluarga serta mempersendakan agama Islam.

Setakat ini, Khabib mengumpul rekod kemenangan 28-0 dengan 8 ‘knockout’, dan 10 ‘submission’ manakala selebihnya menerusi keputusan pengadil.

Doa dan harapan Khabib Nurmagomedov

| Semasa |