Dua anak temani ibu positif Covid-19 tidur, dapati ibu meninggal apabila mereka bangun pagi, sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia

KASIHNYA ibu hingga ke mati. Ibu tunggal yang dijangkiti Covid-19 ini sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun supaya pergi ke rumah anak yatim sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Apaporn Suntarachon, 44, dari Samut Prakhan, Bangkok yang bekerja sebagai tukang urut ini berserta dua anaknya didapati positif Covid-19 setelah dibuat pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas Covid-19.

Wanita yang merupakan ibu tunggal itu mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari sebelumnya.

Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan pulang semula pada hari yang sama. Wanita itu tidak dimasukkan ke wad, dan tidur malamnya dengan ditemani dua anaknya di lantai rumah mereka, lapor Bangkok Post.

Pagi esoknya setelah mereka bangun tidur, beliau didapati anaknya tidak bergerak dan mereka bertindak memberitahu jiran keadaan ibu mereka. Beliau didapati jiran telah meninggal dunia.

Para sukarelawan memberi bantuan alat pernafasan kepada seorang wanita yang dijangkiti Covid-19 di Bangkok, Thailand, 23 Julai, 2021. (Gambar AP)

Rakaman video yang menunjukkan dua anak perempuannya sayu menyaksikan jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, di daerah Bang Phli di Samut Prakan, Thailand, tular di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan setakat ini.

Dua beradik itu sedang dirawat di hospital.

Kisah ibu tunggal di Samut Prakhan itu dan mayat empat lelaki gelandangan yang dijumpai di tepi jalan di Bangkok minggu lalu menunjukkan betapa jangkitan COVID-19 telah kian mencengkam negara ini.

Jumaat lalu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyatakan kebimbangannya dengan laporan mengenai mereka yang meninggal dunia di tepi jalan dan di rumah ketika menunggu bantuan perubatan.

Gambar: Mayat Apaporn Suntarachon dipindahkan dari bilik sewa di Bang Phli, Samut Prakan, ke hospital untuk bedah siasat. Beliau ditemui meninggal pada pagi Isnin, meninggalkan dua anak perempuannya, 7 dan 9, yang kemudian didapati positif mengidap Covid-19. (Bangkok Post)

Dua anak temani ibu positif Covid-19 tidur, dapati ibu meninggal apabila mereka bangun pagi, sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia

| Semasa |