Duduk di rumah – hadiah istimewa raikan ulangtahun kelahiran ke-57 Dr Noor Hisham

OLEH ROKIAH ISMAIL (rokiah@tvalhijrah.com)

“SEMPENA hari jadi saya, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.”

Itulah harapan wira yang bertungkus lumus menangani wabak Covid-19 di tanah air kita, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Mengharapkan warga Malaysia sentiasa sihat dan selamat dengan bersama-sama akur kepada arahan duduk di rumah sewaktu tempoh PKP.

Hari yang mungkin diraikan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga atau rakan sekerja pada tahun sebelumnya kini diraikan oleh para warga net yang sentiasa mendoakan beliau terus sihat; kerana pada dia masyarakat bergantung harap mengetuai batalion pahlawan memerangi pandemik yang sudah sebulan lebih menyerang negara.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang kini menjadi tumpuan media dan warga Malaysia sejak wabak Covid-19 melanda dunia menyambut hari ulangtahun kelahirannya ke-57.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang kini menjadi tumpuan media dan warga Malaysia sejak wabak Covid-19 melanda dunia menyambut hari ulangtahun kelahirannya ke-57.

Sejak beberapa hari lalu, beliau telah pun menerima ucapan hari lahir dari warga net yang saban hari mengikuti perkembangan semasa wabak ini yang disampaikan oleh beliau pada pukul 5.00 petang setiap hari.

Ketika ditemui Bernama, beliau menitip pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa di dunia.

Itu sahaja hadiah yang diharapkan oleh beliau daripada kita. Sebagai orang yang sangat terhutang budi kepada beliau dan rakan sepasukannya, sukar sangatkah kita memenuhi permintaan itu?

Gambar MKN

Duduk di rumah – hadiah istimewa raikan ulangtahun kelahiran ke-57 Dr Noor Hisham

| Semasa |