Editor buku disyaki hina Jata Negara dikesan berada di Australia, pegang status PR negara itu lebih 10 tahun lalu

EDITOR buku yang mencetuskan kontroversi ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, Kean Wong kini dikatakan berada di Australia.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata berdasarkan siasatan, Wong menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia bersama keluarganya pada awal tahun ini sebelum kembali semula ke Australia pada hujung Januari lalu, lapor Bernama semalam.

Berdasarkan maklumat, peguam Wong memaklumkan beliau memegang status Pemastautin Tetap (PR) Australia sejak lebih 10 tahun lalu.

Berdasarkan maklumat, peguam Wong memaklumkan beliau memegang status Pemastautin Tetap (PR) Australia sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kami sedang menunggu maklum balas daripada Wong menerusi peguamnya berhubung siasatan buku berkenaan,” jelas Mior.

Menurut beliau lagi, lapan penulis buku itu serta pereka grafik, pelukis muka hadapan serta penasihat jualan sudah dirakam keterangan dan pihaknya turut mendapatkan pandangan dua pakar sejarah berhubung isu membabitkan buku tersebut.

Katanya setakat ini, siasatan kes menghina Jata Negara masih dijalankan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Gambar: Malaysia Gazette

Editor buku disyaki hina Jata Negara dikesan berada di Australia, pegang status PR negara itu lebih 10 tahun lalu

| Semasa |