Gadis mualaf reda tempuhi ujian dalami Islam

SIAPA sangka hadiah tafsir al-Quran kecil daripada ustazah di sekolahnya menjadi titik permulaan gadis manis berbangsa Tionghua ini terbuka hati mendalami agama Islam sebelum mengambil keputusan menukar agama dua tahun selepas peristiwa itu berlaku.

Khadijah Wong Sook Li, 28,  memeluk Islam ketika berusia 20 tahun ketika masih menuntut dalam Tingkatan Enam di Pasir Mas, Kelantan. 

Namun, anak kelahiran Kuala Lipis ini berkata, bergelar saudara baharu bukanlah perkara mudah, tidak seperti mereka yang dilahirkan sebagai seorang Islam.

Khadijah bersama Ustaz Mohd Iskandar Dzulkarnain Abdullah (tiga dari kiri) dan rakan mualaf pada program Kemahiran Amal Islami Mualaf pada 2018.

Bergelar mualaf, cabaran yang ditempuhi lebih hebat terutama berdepan cabaran belajar membaca al-Quran.

Disebabkan itu Khadijah yang sudah lapan tahun menganut agama suci ini berkata, beliau masih belajar dan mencari inisiatif sendiri seperti menonton video di saluran Youtube supaya dapat khatam al-Quran secepat mungkin.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 17 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Khadijah yang memeluk Islam lebih lapan tahun lalu masih berterusan mendalami ajaran agama.

Gadis mualaf reda tempuhi ujian dalami Islam

| Advertorial, Semasa |