Gajah bunting yang kelaparan dan anak dalam kandungan mati akibat termakan nanas disumbat mercun yang meletup dalam mulut

GAJAH bunting yang sedang kelaparan ini mungkin tidak pernah terfikir manusia sanggup berlaku zalim sesama makhluk. Dalam keterujaan menemui sebiji nanas, terus dimakan rezekinya itu tanpa menyedari itulah hari terakhir dia dapat makan.

Nanas tersebut rupa-rupanya telah disumbat mercun, yang kemudiannya dikatakan meletup di dalam mulut gajah tersebut dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian bawah rahangnya.

Menurut pegawai hutan, Mohan Krishnan sebagaimana laporan Reuters, kejadian yang berlaku itu menyebabkan lidah serta rahang gajah tersebut cedera teruk sehingga menyebabkannya tidak dapat makan atau mengunyah seperti biasa.

Gajah malang ini lari dalam keadaan mengerang kesakitan namun tidak menyebabkan berlaku apa-apa kerosakan di perkampungan tersebut meskipun haiwan berkenaan dipercayai daripada kelompok gajah liar.

Video yang tular menunjukkan gajah bunting yang tersesat dari Taman Negara Silent Valley itu berendam dalam sungai berjam lamanya untuk meredakan kesakitan, namun bakal ibu ini serta anak dalam kandungannya mati minggu lalu.

Kezaliman yang berlaku di daerah Malappuram, Kerala, selatan India mendapat kecaman dunia dan persatuan pencinta haiwan. Apatah lagi dalam kegawatan manusia berdepan Covid-19 di serata dunia, nampaknya penduduk di sini masih lagi terfikir melakukan tindakan keji sebegini.

Kezaliman yang berlaku di daerah Malappuram, Kerala, selatan India mendapat kecaman dunia dan persatuan pencinta haiwan. Apatah lagi dalam kegawatan manusia berdepan Covid-19 di serata dunia, nampaknya penduduk di sini masih lagi terfikir melakukan tindakan keji sebegini. Kebanyakan warga net menggesa pelakunya dikenakan hukuman berat.

Siri kekejaman terhadap haiwan yang berlaku di serata dunia membuktikan manusia sudah semakin tamak sehingga sanggup menzalimi makhluk lain dalam merebut hak untuk untuk hidup di atas muka bumi ini yang sepatutnya dikongsi bersama.

Seekor gajah bunting ini membuktikan manusia meletakkan harga dirinya lebih rendah dari seekor haiwan yang bergantung harap pada kemanusiaan seorang manusia.

Gambar: Polis dan penduduk kampung berkerumun di tebing Sungai Velliyar di Palakkad, Kerala melihat bangkai gajah bunting yang mati selepas termakan buah nanas berisi mercun yang meletup dalam mulutnya. Foto AFP

Gajah bunting yang kelaparan dan anak dalam kandungan mati akibat termakan nanas disumbat mercun yang meletup dalam mulut

| Semasa |