Hafiz cilik lumpuh otak hafal 30 juz Al-Quran

NAJA lumpuh otak, tetapi tidak semangatnya. Beliau berjaya menghafaz al-Quran dengan hanya mendengar dalam tempoh sepuluh bulan sahaja. Sangat ajaib bagi usia dan keadaannya.

Muhammad Naja Hudia Afifurrohman yang berusia sepuluh tahun berasal dari Mataram ini juga berkemahiran meneka surah serta membaca potongan ayat hanya dengan berdasarkan muka surat yang diberikan.

Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, Naja dibiasakan mendengar al-Quran setiap hari sehingga apabila tidak mendengar al-Quran dalam sehari, beliau berasa hidupnya tidak lengkap dan ada kekurangan.

Beliau ditemui selepas program Qalbun Salim Ikhtiar Meraih Redha Allah yang berlangsung di Masjid Wilayah yang turut menampilkan KH. Abdullah Gymnastiar yang turut berkongsi ilmu menerusi program santai Meraih Redha Allah Sabtu lepas.

Hafiz cilik lumpuh otak hafal 30 juz Al-Quran

| Semasa |