Hafiz dari penjara: Pengakhiran hidup manusia tiada siapa yang tahu – perogol anak kini jadi rujukan kerohanian warga penjara

PENJARA pada hakikatnya tempat pesalah menjalani hukuman, pada masa yang sama boleh bertukar sebagai pusat tarbiah sekiranya ruang masa dimanfaatkan untuk muhasabah dan memperbaiki diri.

“Memang benar dalam kalangan banduan ini, ada yang pernah jadi pembunuh, perompak dan melakukan segala perbuatan jijik, tetapi ia tidak bermakna pengakhiran mereka adalah di neraka,” kata

Ustaz Ariff Udin yang berkhidmat sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Penjara Marang sebagaimana laporan Berita Harian minggu lepas.

“Masa mula-mula kerja dulu pernah juga terfikir macam mana hendak berhadapan dengan banduan. Tidak tergambar tetapi apabila sampai di sini, rupanya ia satu tempat paling subur untuk meneruskan agenda dakwah ini. Ada (penghuni) yang ‘zero’ agama.

“Melihatkan kesungguhan mereka, maka betullah apa yang saya jangka banduan boleh berubah. Di Penjara Marang ini, ada 30 orang yang bergelar hafiz atau paling kurang menguasai lima juzuk al-Quran,” katanya.

“Melihatkan kesungguhan mereka, maka betullah apa yang saya jangka banduan boleh berubah. Di Penjara Marang ini, ada 30 orang yang bergelar hafiz atau paling kurang menguasai lima juzuk al-Quran,” katanya.

Hal ini disahkan tinjauan Bernama baru-baru ini yang mendapati penghuni penjara beragama Islam tekun membaca al-Quran dengan rutin itu berlaku setiap hari bermula 9 pagi hingga 3 petang, bukan hanya pada Ramadan.

Mereka ini pernah membunuh, merogol anak dan pelbagai kesalahan lain, namun kini insaf atas kesilapan lampau. Malah salah seorang daripada mereka yang pernah merogol anak sendiri kini menjadi rujukan banduan baharu terutama dalam mendapatkan kekuatan jiwa untuk terus kekal positif.

Kebanyakan banduan juga menunjukkan perubahan ketara meskipun pada awalnya ada seolah-olah tidak minat mendalami agama. Namun program kendalian pihak penjara yang turut menyelitkan aktiviti agama akhirnya berjaya melentur peribadi banduan kepada mereka yang beriman.

Sebagaimana janji Allah terhadap hamba-Nya – selagi mereka mohon ampun dan bertaubat nasuha terhadap dosa-dosa mereka, Allah dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya akan menerima hamba yang telah kembali kepada-Nya.

Orang yang berjaya ialah mereka yang sedar akan kesilapan diri, berubah dan berbuat kebaikan untuk mengambus segala kesilapan hari lalunya. Tidak mustahil mereka ini menjadi penghuni syurga di akhirat nanti. Segalanya bergantung kepada keikhlasan dan keimanan sendiri.

Gambar hiasan (Sinar Harian)

Hafiz dari penjara: Pengakhiran hidup manusia tiada siapa yang tahu – perogol anak kini jadi rujukan kerohanian warga penjara

| Semasa |