Hari Valentine dan agenda konsumerisme

OLEH ROKIAH ISMAIL
(rokiah@tvalhijrah.com)

AKIDAH yang sihat akan menolak sebarang bentuk penyekutuan kepada Allah S.W.T. Masih ada yang menganggap sambutan Hari Valentine hanyalah sekadar hari menyebarkan kasih sayang, tanpa mengaitkannya dengan kasih sayang terhadap Pencipta.

Kalau benar ia hari kasih sayang, kenapa tidak didahului dengan pengabdian pada-Nya? Malah Islam sememangnya mengajar manusiauntuk hidup dalam kasih sayang secara vertikal dan horizontal demi kemakmuran sejagat.

Tidak cukup lagikah ajaran Islam itu sehingga perlu menetapkan hari tertentu dan mengimport budaya luar untuk memupuk kasih sayang?

Walaupun semakin ramai yang sudah tahu apa kisah sebenar di sebalik terbitnya perayaan Valentine, masih kedapatan juga yang terpedaya oleh agenda konsumerisme ciptaan para kapitalis ini. Menggunakan sentimen perasaan iaitu cinta dan kasih sayang untuk mengaut keuntungan dari mereka yang terus lalai.

Walaupun semakin ramai yang sudah tahu apa kisah sebenar di sebalik terbitnya perayaan Valentine, masih kedapatan juga yang terpedaya oleh agenda konsumerisme ciptaan para kapitalis ini. Menggunakan sentimen perasaan iaitu cinta dan kasih sayang untuk mengaut keuntungan dari mereka yang terus lalai.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui ruangan Bayan Linnas menegaskan budaya masyarakat bukan Islam ini adalah haram untuk diraikan oleh umat Islam berdasarkan data-data yang jelas menunjukkan ia membawa kepada budaya maksiat dan perzinaan di samping menyerupai budaya yang buruk, luar daripada ajaran Islam.

Tambah beliau lagi, hubungan luar nikah yang menjadi fokus utama bagi anak muda, tatkala Hari Valentine turut ditegah oleh agama-agama lain yang wujud di Malaysia.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 bagi membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Hari Valentine dan agenda konsumerisme

| Semasa |