Hidup daif tetapi tetap mahu belajar ilmu agama

JUMLAH penduduk di Pulau Danawan, Semporna ini lebih kurang 450 buah keluarga termasuk di pantai dan di atas air. Mereka kesemuanya adalah berbangsa Bajau Laut.

Namun, kami hanya dapat menyampaikan 100 pek bantuan sahaja kepada penduduk di sini.

Pemilihan agihan pek sumbangan ini berdasarkan jumlah ahli isi rumah dan sumber pendapatan mereka.

Seramai 100 pek bantuan diagihkan kepada penduduk di Pulau Danawan, Semporna.

“Sebenarnya, semua penduduk disini layak menerima bantuan. Namun, kami hanya mampu memberikan 100 pek bantuan sahaja di Pulau Danawan ini kerana kami juga akan agihkan pek bantuan di kawasan lain yang lebih memerlukan,” kata Saudara Hassan Unus, wakil Yayasan Ikhlas di Semporna.

Oleh itu, teruskan menyumbang bersama kami untuk kami menyantuni lebih ramai lagi masyarakat yang tidak berkemampuan.

Pemilihan agihan pek sumbangan ini berdasarkan jumlah ahli isi rumah dan sumber pendapatan mereka.

Justeru itu, pihak yayasan telah meletakkan seorang ustaz di pulau ini sebagai rujukan kepada mereka sekaligus memberikan pendedahan dalam ilmu agama.

Ustaz ini juga akan membimbing ahli keluarga kami untuk terus hidup dalam kehidupan bagi bekalan selepas kami mati.

Ayuh tunjukkan sokongan anda. Salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Yayasan Ikhlas di nombor akaun 5628 3463 6228 dengan rujukan kepada Pek Ikhlas; atau klik link https://www.billplz.com/PekIkhlasMakananAsas untuk memberi sumbangan anda.

Hidup daif tetapi tetap mahu belajar ilmu agama

| Advertorial, Semasa |