Hidup penuh liku, terlantar selepas terbabit kemalangan langgar lari

HIDUP Mohd Shakier Ismail, 50, berubah 360 darjah selepas terbabit dalam kemalangan langar lari pada Februari 2016.

Kejadian ini berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja hingga menyebabkan tulang belakangnya patah dan disahkan sebagai OKU.

Empat tahun selepas kemalangan, keadaan Mohd Shakier tidak banyak berubah, dia yang tidak berupaya bekerja hanya mampu terbaring berikutan pergerakan terhad.

Bapa tunggal kepada tiga anak ini hilang punca pendapatan, namun enggan menggunakan kekurangan diri untuk meraih simpati.

Mohd Shakier menyewa sebuah bilik yang sangat kecil di Kepong, Kuala Lumpur kerana tidak mahu menyusahkan anak dan menantu.

Beliau kini menampung hidup dengan membungkus makanan ringan di bilik kecil yang disewa di Kepong dengan meraih pendapatan RM500 sebulan.

Hasil pendapatan itu juga digunakan untuk menampung keperluan dua anaknya yang masih belajar.   

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 09 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Mohd Shakier terbaring di atas selimut nipis kerana tidak mampu membeli katil dan tilam khas menyebabkan masalah kecederaan saraf tunjang dialaminya semakin serius.

Hidup penuh liku, terlantar selepas terbabit kemalangan langgar lari

| Advertorial, Semasa |