Hijab terbuka di bulan puasa

SEMAKIN dekat seseorang hamba kepada Allah s.w.t., semakin dekatlah pula Dia kepada hamba. Semakin mengenal Allah, semakin pula hamba mengenal dirinya; di mana lompang-lompang yang masih belum terisi dengan pengabdian sepenuhnya kepada-Nya.

Ibadah puasa yang dilakukan dengan niat semata-mata meraih keredhaan Ilahi berupaya membersihkan hati yang mungkin sebelum ini dipenuhi noda dan dosa, sifat mazmumah, pelbagai penyakit hati dan sebagainya.

Ia sebagai bahan peluntur kepada segala karat, daki dan bakteria yang menghuni hati dan merosakkan roh hamba sehingga diri menjadi manusia pemalas, perengus, pemarah dan hanya memikirkan perkara duniawi.

Apabila semua keburukan ini terhapus dan tanggal dari hati, roh akan menjadi bersih suci dan jernih. Keadaan ini membolehkan hamba mengenal Allah dengan lebih terang kerana pandangan hatinya telah menembus hijab yang selama ini membentengi hubungannya dengan Penciptanya.

Apabila hati telah rapat dengan Allah, seorang hamba akan memenuhi hidupnya dengan penuh takwa dan menjelma sebagai umat yang unggul.

Hijab terbuka di bulan puasa

| Agama |