Hijrah untuk kehidupan lebih baik, namun terpaksa tinggal di kandang kambing; wanita ini impi miliki rumah sendiri

SUARANYA terketar-ketar menahan sebak sewaktu menceritakan kisah bagaimana mereka sekeluarga terpaksa menerima hakikat tinggal di kandang kambing. Beliau tidak menyalahkan sesiapa pun, malah bersyukur kerana masih ada ruang untuk bernaung dari hujan dan panas, serta belas ihsan mereka di sekeliling.

Kesusahan hidup membuatkan wanita dari Kampung Sibugal, Sandakan, Siti Norhidayati dan suami bersama lima orang anaknya yang berumur lima hingga dua belas tahun menukarkan kandang kambing milik seorang penduduk kepada kediaman untuk mereka.

Mengimbau kenangan silam dua tahun lalu sewaktu mula-mula berhijrah ke kampung itu, Norhidayati berhajat mencari kehidupan yang lebih baik kerana mereka sebelumnya menumpang tinggal di rumah orang.

Beliau minta untuk menyewa di sebuah kolong, malangnya ruang bawah rumah itu pun sudah disewa orang lain.

Walaupun tidak tergamak membiarkan Norhayati tinggal di kandang kambing, jiran tersebut memberitahunya tentang kandang kambing di belakang rumahnya itu.

Norhayati dan suami mengubah suai kandang kambing untuk dijadikan kediaman mereka tujuh beranak.

Menurut Norhidayati, hanya itu kemampuan mereka setakat ini walaupun beliau dan suami sangat kuat berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Dengan pendapatan RM1000 sebulan hasil kerja suaminya di kedai gunting dan pendapatan Norhayati dari kerja sebagai tukang masak, mereka terpaksa menangguhkan dahulu impian memiliki rumah sendiri, sebaliknya hidup dalam keadaan rumah yang serba kekurangan.

Hulurkan sumbangan anda, ringankan beban mereka.

Anda boleh menyumbang ke akaun Yayasan Ikhlas seperti berikut di pautan https://bantupesakitsihat.com atau Maybank: 5628 3463 6235 (Yayasan Ikhlas)

Yayasan Ikhlas,Rakan Kebajikan Anda.

Hijrah untuk kehidupan lebih baik, namun terpaksa tinggal di kandang kambing; wanita ini impi miliki rumah sendiri

| Advertorial, Semasa |