Hilang sumber pendapatan kaki dipotong akibat diabetes

MOHD Yazli Yahya, 39 tidak pernah menduga luka kecil yang dialami di jari kaki tahun lalu menyebabkan dia kehilangan kaki bermula dari paras bawah lutut akibat komplikasi kencing manis.

Tambah malang apabila dia tidak dapat meneruskan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan yang menjadi sumber rezeki selepas kehilangan kaki.

Isterinya juga terpaksa berhenti kerja berikutan perlu menumpukan sepenuh perhatian menjaga Yazli yang tidak mampu bergerak sendiri untuk menguruskan keperluan diri termasuk untuk ke bilik air.

Sejak hilang sumber pendapatan, keluarga ini terpaksa bergantung kepada ihsan jiran dan rakan yang prihatin dengan keadaan mereka.

Yazli mengharapkan bantuan kaki palsu selepas kakinya terpaksa dipotong bermula dari paras bawah lutut akibat komplikasi kencing manis.

Keadaan rumah yang tidak mesra OKU juga menyebabkan Yazli tidak pernah keluar rumah sejak kakinya dipotong tahun lalu.

Reda dengan ujian hidup, Yazli bertekad untuk tidak menjadikan kekurangan fizikal sebagai alasan untuk tidak melakukan sebarang pekerjaan.

Beliau memohon untuk mendapatkan kaki palsu bagi membantunya berjalan semula dan mampu keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan keluarganya.

Untuk menderma sila layari https://ybim.org.my/suaraasnaf/ dan tekan Asnaf 04 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Isteri Yazli, Nur Shafila Alia Pultin terpaksa berhenti kerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah untuk menumpukan sepenuh perhatian menjaga Yazli dan anak.

Hilang sumber pendapatan kaki dipotong akibat diabetes

| Advertorial, Semasa |