Hulur bantuan tanpa kira agama, wanita Islam terpaksa berbuka puasa untuk derma darah pada lelaki Hindu

WANITA Islam ini dihubungi seorang pekerja pusat bank darah di India agar dapat membantu seorang remaja lelaki Hindu yang sedang kecemasan dan memerlukan darah jenis O.

Dalam ketidakstabilan suasana pertelagahan antara agama di India, apa yang dilakukan oleh wanita ini pada waktu umat Islam baharu sahaja menyambut Ramadan; memberi sedikit sinar harapan kepada keamanan antara agama di negara ini.

Alisha Khan tidak memikirkan soal agama sewaktu bersetuju menderma darah kepada Vijay Kumar Rastogi yang mendiami penduduk komuniti Mishrana di bandar Pihani, Uttar Pradesh.

Malah pengorbanan wanita ini sehingga terpaksa berbuka puasa membuka mata penduduk di daerah Kheri Uttar Pradesh ini bahawa Islam tidak pernah sekali-kali bersifat suka bermusuhan dan sangat memandang berat tugas menyelamatkan nyawa seseorang tanpa mengira batas agama.

Menurut laporan media India, keadaan Rastogi pada waktu itu semakin teruk dan berdepan dengan maut sekiranya tiada penderma untuknya. Hospital daerah tidak dapat menyediakan darah untuk menyelamatkan Rastogi, malah bank darah juga gagal menyediakan keperluan darah tersebut.

Tindakan pantas pekerja bank darah yang terus menghubungi Alisha yang berada tinggal di Hidayat Nagar, daerah Lakhimpur Kheri juga wajar dipuji dalam usaha menyelamatkan nyawa Rastogi.

Sifat murni dan kesudian Alisha sanggup menderma darah itu mendapat pujian hangat di laman sosial oleh pelbagai bangsa dan agama dan ramai dari warga maya menggelar Alisha sebagai “wajah sebenar India”.

Dilaporkan keadaan Rastogi semakin baik selepas menerima darah.

Gambar: Wanita Islam sedang menderma darah kepada remaja Hindu yang sedang kritikal pada awal Ramadan lalu di Uttar Pradesh. (gulfnews.com)

Hulur bantuan tanpa kira agama, wanita Islam terpaksa berbuka puasa untuk derma darah pada lelaki Hindu

| Semasa |